Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.
Pasukan perundingan perdagangan menerima pujian hasil kejayaan dapat menurunkan tarif import yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia sebanyak 19 peratus.
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan juga Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Mastura Ahmad Mustafa atas usaha mereka dalam memastikan kadar tarif yang lebih kompetitif.
Ahli Parlimen Subang itu berkata, kadar tarif baharu meletakkan Malaysia setara dengan Indonesia dan sedikit lebih baik berbanding Vietnam dalam konteks perdagangan antarabangsa dengan AS.
“Terkini, tarif Trump terhadap Malaysia ditetapkan pada 19 peratus.
“Kita kini berada pada tahap yang sama dengan Indonesia dan sedikit lebih baik berbanding Vietnam. Tahniah kepada pasukan rundingan, Mastura, Tengku Zafrul dan Perdana Menteri,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Malaysia dikenakan tarif sebanyak 19 peratus berdasarkan perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump pada Jumaat.
Dokumen pelarasan lanjut kadar tarif timbal balas yang ditandatangani Trump bertarikh 31 Julai 2025 itu telah dimuat naik di laman sesawang Rumah Putih.
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri