Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong.
Kesediaan Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin untuk kembali bersama UMNO dilihat mampu memberi suntikan keyakinan baharu kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya akan datang.
Presiden MCA Wee Ka Siong berkata, perkembangan itu merupakan petanda positif kepada usaha memperkukuh perpaduan dalam parti serta mengembalikan sokongan rakyat terhadap gabungan berkenaan.
Menurut beliau, BN kini sedang melalui proses pemulihan selepas berdepan pelbagai cabaran politik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Munasabah untuk kita katakan BN sedang pulih selepas melalui pelbagai liku yang sukar.
“Perkembangan ini satu langkah ke arah yang positif, selagi ia tidak songsang dan membawa kepada penyatuan,” katanya dipetik laporan berita.
Bagaimanapun, Ka Siong berkata masih terlalu awal untuk menentukan sama ada sokongan masyarakat terhadap BN akan kembali sepenuhnya.
“Namun selagi kita bergerak ke arah penyatuan, undi kita tidak akan berpecah lagi,” katanya.
Beliau turut menyifatkan kesediaan Hishammuddin dan Khairy untuk kembali kepada UMNO sebagai isyarat penting parti itu sedang berusaha merapatkan semula barisan kepimpinan.
Menurutnya, kedua-dua tokoh politik tersebut mempunyai pengalaman luas serta dikenali sebagai pemimpin yang diterima pelbagai lapisan masyarakat.
“Dengan adanya pemimpin yang bersikap sederhana dan diterima masyarakat, ia memberi harapan bahawa BN sedang menuju ke arah penyatuan. Kita perlu bersolidariti kerana jika kita berpecah, kita akan roboh,” katanya.
Tambah beliau, usaha merapatkan saf dalam parti komponen BN juga akan menjadi kekuatan tambahan kepada gabungan itu yang pernah mentadbir negara selama beberapa dekad.
“Selagi kita rapatkan saf dalam parti masing-masing dan dalam BN, ia akan menjadi kekuatan tambahan kepada gabungan ini,” katanya.
Perkembangan tersebut disifatkan sebagai ‘tenaga baharu’ yang boleh membantu memperkukuh kedudukan BN pada masa depan.
Khamis lalu, Hishammuddin menyatakan kesediaannya untuk kembali memperjuangkan UMNO sekiranya penggantungan keahliannya dalam parti itu ditarik balik.
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
PKR Titiwangsa cadang kuota subsidi diesel kepada pengguna persendirian
Samsuri sahkan pengunduran Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan