Kempen diskaun saman trafik 50 peratus bermula esok

August 30, 2025 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan yang menawarkan pengurangan saman trafik sebanyak 50 peratus mulai 31 Ogos hingga 16 September 2025.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata tawaran diskaun ini khas sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sebagai simbol penghargaan kerajaan kepada rakyat Malaysia.

Beliau menegaskan diskaun ini hanya boleh dinikmati melalui pembayaran dalam aplikasi MyBayar PDRM menggunakan log masuk MyDigital ID bagi memastikan keselamatan dan ketelusan transaksi.

“Inisiatif ini bukan sahaja meraikan pencapaian negara, tetapi juga memberi manfaat langsung kepada rakyat serta menggalakkan penggunaan identiti digital nasional sebagai asas transformasi digital perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Saifuddin menyeru semua rakyat Malaysia merebut peluang ini sambil menyokong usaha kerajaan ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan moden.

Beliau menekankan MyDigital ID merupakan kaedah pengesahan identiti digital yang sah dan dilindungi, yang mampu mengurangkan risiko penipuan identiti serta penyalahgunaan maklumat peribadi.

Pelaksanaan kempen ini menurutnya, menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan sambil memajukan agenda digitalisasi negara selaras dengan semangat kemerdekaan dan kemajuan Malaysia.

Berita berkaitan
Dadah RM3.3 juta dirampas di Kuching, dua lelaki didakwa
October 9, 2026· Isu semasa
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
October 8, 2026· Politik
Tahanan rumah Najib: Pihak pengampunan tentukan syarat
October 7, 2026· Politik
Dua pemimpin pemuda PAS, PKR selesai kes saman fitnah secara baik
October 6, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
October 12, 2026 · Isu semasa
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
October 12, 2026 · Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
5 jam lalu · Isu semasa
Agong kurnia darjah kebesaran tertinggi kepada Raja Jordan
5 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027: MCMC sasar manfaat digital sampai ke luar bandar
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok