Kempen Internet Selamat disasarkan capai 10,000 sekolah tahun depan: Fahmi

October 30, 2025 · Isu semasa

Kempen Internet Selamat (KIS) dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya di 10,000 sekolah di seluruh negara menjelang suku ketiga tahun 2026, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Setakat pertengahan Oktober tahun ini, kempen tersebut telah berjaya diadakan di 6,000 buah sekolah di seluruh negara, sementara bagi negeri Pahang, hampir 400 sekolah telah pun menyertai kempen berkenaan.

“Hasrat saya, menjelang tahun depan, kita dapat menamatkan pelaksanaan kempen ini di semua sekolah, bukan sahaja di Pahang tetapi di seluruh negara,” kata Fahmi ketika berucap pada majlis perasmian Kempen Internet Selamat Peringkat Negeri Pahang di Sekolah Kebangsaan Raub Indah, hari ini.

Ke arah usaha memperkukuhkan pendidikan keselamatan internet, kementerian akan melantik Ikon Kapten Kadet di sekolah-sekolah.

“Mereka akan membantu menyampaikan maklumat berkaitan keselamatan internet secara berkala semasa perhimpunan mingguan, termasuk mengenai ancaman jenayah dalam talian terkini serta dasar kerajaan seperti had penggunaan media sosial untuk individu bawah 16 tahun,” jelas beliau.

Selain kempen kesedaran, inisiatif pembangunan infrastruktur turut dilaksanakan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melaksanakan projek Point of Presence (PoP) di 170 buah sekolah di Pahang bagi memperluaskan capaian jalur lebar.

“Projek ini baru sahaja selesai proses tender dan kerja-kerja dijadualkan bermula pada Januari 2026. Sebelum ini, sebanyak 17 sekolah di bawah fasa pertama telah siap dilaksanakan,” tambah Fahmi.

Beliau juga berkongsi pemasangan kemudahan Wi-Fi akan diteruskan bagi memastikan capaian internet yang lebih baik untuk warga sekolah.

Usaha bersama dengan Kementerian Pendidikan untuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah, terutamanya sekolah berasrama penuh di Pahang, juga sedang dirancang dan dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.

Berita berkaitan
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
15 jam lalu· Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
20 jam lalu· Isu semasa
Lebih 700 kandungan deepfake pemimpin politik diturunkan: MCMC
23 jam lalu· Isu semasa
NADI Inanam Sentral dibuka, peluang digital diperluas
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
15 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
15 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
20 jam lalu · Isu semasa
RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima
23 jam lalu · Isu semasa
Anwar, Presiden Myanmar adakan pertemuan empat mata: Bernama
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok