Pelantikan semula Azam Baki sebagai Pesuruhjaya SPRM menimbulkan bantahan pihak tertentu.
Salah satu perkara penting yang perlu dilakukan kerajaan sekiranya serius dalam melakukan reformasi institusi adalah dengan menukar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.
Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli berkata apabila kerajaan mengambil langkah untuk menyambung khidmat Azam ia adalah tanda reformasi yang selama ini dilaungkan sudah ditinggalkan dan ia menjadi kudis yang jelas.
“Tukar Azam Baki… Sebab mengekalkan Azam Baki dan sambung kontrak dia sampai tiga kali adalah satu simbolik yang kita tinggal semua reformasi yang kita janji semua dulu.
“Jadi kalau pun kita baiki pendidikan, kalau pun kita bagi ekonomi, pelaburan cantik ke macam mana, yang itu macam kudis yang terlalu jelas sedangkan benda itu rakyat tak faham apa yang payah sangat nak tukarnya,” katanya dalam satu program forum mengenai kehakiman malam tadi.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh mengambil langkah untuk meredakan kemarahan rakyat dengan menukar Azam bagi mengelak persepsi buruk terhadap pentadbiran kerajaan dipimpinnya.
“…Yang akan meredakan rakyat ini terutamanya di sebelah PH (Pakatan Harapan) yang tuntut ini, ialah tukar Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.
“Itu boleh dibuat dan banyak calon-calon yang ada, kalau itu berlaku saya ingat orang akan kurang keraguan rakyat,” ujarnya lagi.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelanjutan kontrak Azam bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026.
Azam, 62, sudah dua kali dilantik semula bagi memegang jawatan itu, masing-masing selama setahun iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 11 Mei 2024 dan sejak 12 Mei 2024 hingga 12 Mei 2025.
Beliau dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
Kerajaan tarik balik RUU Pembaharuan Bandar untuk penambahbaikan: Fahmi
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong