Kerajaan hormat kebebasan media walaupun berbeza pandangan: Nie Ching

November 12, 2025 · Politik

Kerajaan tidak akan menggunakan pendekatan tekanan atau tindakan terhadap mana-mana organisasi media hanya kerana berbeza pandangan, tegas Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Beliau memberi komitmen kerajaan untuk menghormati kebebasan media sebagai tonggak demokrasi kekal utuh, dengan pendekatan menyatakan pendirian secara terbuka menggantikan langkah menghalang laporan.

“Jadi walaupun ada artikel atau kandungan yang kita tidak setuju, kita menyatakan pendirian kita dan tidak semestinya kita setiap kali perlu panggil mereka untuk rekod kenyataan,” jelas Nie Ching semasa sesi Dewan Rakyat pada hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan mengenai laporan portal berita yang didakwa memuatkan berita tidak tepat.

Menjawab soalan lanjut, Nie Ching berkata perbezaan pendekatan ini merupakan pemisah jelas di antara Kerajaan MADANI dengan pentadbiran sebelumnya.

“Saya rasa itulah perbezaan paling besar antara Kerajaan MADANI dengan pihak di sebelah sana,” ujarnya.

Mengulas khusus mengenai satu laporan tentang kewujudan akaun palsu, beliau memaklumkan pihak META sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan sebarang aktiviti tidak normal dikesan.

Beliau turut mengakui memang wujudnya akaun palsu, tetapi kebanyakannya untuk tujuan penipuan.

Dalam pada itu, bagi mempertahankan imej kerajaan dan memperjelas dasar kepada orang ramai, Nie Ching menyenaraikan inisiatif seperti JaPen Digital yang menyebarkan maklumat tepat serta Artificial Intelligence Fact Check Assistant (AIFA) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membantu orang ramai memeriksa kesahihan maklumat.

Berita berkaitan
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
9 jam lalu· Isu semasa
Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan
August 18, 2026· Isu semasa
TH perlu perkukuh komunikasi, dekati pendeposit: Bernama
August 17, 2026· Isu semasa
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
August 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
8 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
12 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
13 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
13 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok