Kerajaan minta KDN teliti aspek keselamatan raja-raja

September 3, 2025 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) diarahkan untuk meneliti dan meningkatkan aspek keselamatan institusi Diraja susulan insiden cubaan menyerang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, yang berlaku pada Ahad lalu.

Arahan ini diberikan bagi memastikan tiada kejadian serupa berulang pada masa hadapan susulan insiden semasa sambutan Hari Kebangsaan di Perak tempoh hari.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, memberitahu isu keselamatan ini dibangkitkan secara serius dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ada juga dibangkitkan mengenai aspek keselamatan termasuk apa yang berlaku di Ipoh, Perak (pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Perak).

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta untuk meneliti aspek mempertingkatkan keselamatan terutama bagi raja-raja supaya tidak berlaku apa-apa keadaan yang tidak diingini,” katanya pada sidang media hari ini.

Insiden yang berlaku semasa Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di Ipoh itu menyaksikan seorang wanita menaiki pentas utama ketika lagu kebesaran negeri sedang dimainkan.

Wanita berusia 41 tahun itu telah berjaya mendekati Sultan Nazrin sebelum dapat ditahan oleh anggota keselamatan yang bertugas.

Polis Perak mengesahkan bahawa suspek, yang mempunyai rekod rawatan psikiatri dan pernah terlibat dengan kes dadah, kini sedang ditahan reman.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan menyebabkan cedera parah.

Ketua Polis Perak, Noor Hisam Nordin, menasihati orang ramai agar sentiasa menghormati majlis rasmi kenegaraan dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta keselamatan.

Berita berkaitan
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
15 jam lalu· Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
21 jam lalu· Isu semasa
Lebih 700 kandungan deepfake pemimpin politik diturunkan: MCMC
23 jam lalu· Isu semasa
NADI Inanam Sentral dibuka, peluang digital diperluas
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
15 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
15 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
21 jam lalu · Isu semasa
RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima
23 jam lalu · Isu semasa
Anwar, Presiden Myanmar adakan pertemuan empat mata: Bernama
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok