Kerajaan pandang serius masalah dadah dan vape, tangani secara tegas: PMX

June 18, 2025 · Isu semasa

Isu penularan dadah dan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan generasi muda menjadi kebimbangan kerajaan ketika ini, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata kerajaan memandang serius isu tersebut khususnya dikalangan anak muda dan jalan penyelesaian yang tegas serta berkesan antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada hari ini.

“Kita lihat orang Melayu ini (masalah) dadahnya berat, tadi mesyuarat Jemaah Menteri kita bincang masalah dadah dan vape dalam kalangan anak anak kita, tolonglah bincang, carilah jalan kaedah mana pun.

“Apakah perlu dana? Apakah perlu kaunseling? Perlu dakwah? Beritahulah kerana berpuluh tahun kita fikir (masalah ini) belum selesai.

“Betul ada anak Cina, anak India ramai juga dalam kalangan mereka, tetapi lebih parah dalam kalangan anak Melayu, membunuh jiwa mereka dari kecil. Kenalah lakukan sesuatu, kena bincang,” katanya ketika berucap pada Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI: Guru Pemangkin Patriotisme Negara hari ini.

Dalam pada itu, Anwar mengakui masih banyak masalah yang belum dapat diselesaikannya, namun pelbagai usaha sedang dilaksanakan untuk menanganinya.

“Saya tahu saya belum dapat selesaikan masalah kemiskinan rakyat, belum lagi dapat naikkan mutu pendidikan, saya belum lagi berhasil untuk mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang Cemerlang, saya belum dapat mengembangkan dakwah Islam dan kesedaran Islam dalam kalangan pelajar.

“Sebab itu di sekolah selain daripada pengenalan buku mengenai cara dakwah yang bijaksana, jangan terlalu keras, jangan terlalu hukum, jangan terlalu cepat menghina orang, jangan terlalu cepat mengkafirkan orang, itu yang kita mulakan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika sidang media pasca mesyuarat Kabinet memaklumkan, platform dalam talian yang membenarkan penjualan produk terlarang termasuk dadah dicampur dalam cecair vape akan dikenakan tindakan tegas.

Beliau berkata, tindakan sama juga akan diambil ke atas individu yang berbuat demikian.

Katanya, satu mesyuarat bersama Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan penguatkuasaan itu.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
8 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
8 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
6 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
10 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
10 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok