Kes 1MDB: Pembelaan dakwa Najib tidak dibicarakan secara adil

December 18, 2025 · Politik

Menjelang pengumuman keputusan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion, pihak pembelaan Najib Razak sekali lagi membangkitkan dakwaan ekas perdana menteri itu tidak diberikan perbicaraan yang adil di Mahkamah Tinggi.

Peguam utama pembelaan, Muhammad Shafee Abdullah, berkata isu ketidakadilan itu timbul susulan tindakan bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, yang didakwa memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa selepas perbicaraan berlangsung.

Menurutnya, Roger sebelum ini enggan menjawab beberapa soalan penting semasa memberi keterangan di mahkamah.

“Roger memberi alasan terdapat perintah perlindungan dari Amerika Syarikat yang menghalangnya mendedahkan maklumat tertentu di mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

“Sedangkan maklumat itu relevan dan penting kepada pembelaan, sekali gus mewujudkan ketidakadilan yang jelas kepada Najib kerana keterangan tersebut tidak dapat dipertimbangkan dalam perbicaraan,” tambahnya lagi.

Muhammad Shafee turut merujuk kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) bertarikh 12 Disember lalu yang memaklumkan Roger telah menyalurkan maklumat penting berkaitan skandal 1MDB kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata pendekatan sama turut melibatkan individu lain, termasuk bekas penasihat undang-undang 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan.

Menurutnya, meskipun Jasmine Loo mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, beliau kekal berada di Malaysia dan ditempatkan di bawah program perlindungan saksi.

“Keadaan ini menunjukkan Najib tidak menerima perbicaraan yang adil seperti dijamin di bawah Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 26 Disember ini sebagai tarikh keputusan sama ada Najib dibebaskan atau disabitkan bersalah.

Perbicaraan berprofil tinggi itu berlangsung selama 303 hari, dengan 50 saksi pendakwaan dipanggil.

Najib berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Jika sabit kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara dan denda berat seperti diperuntukkan undang-undang.

Berita berkaitan
Zizie Izette bebas tuduhan rasuah RM2.8 juta
12 jam lalu· Isu semasa
Aset 1MDB bernilai USD1.37 bilion berjaya dibawa pulang
July 19, 2026· Isu semasa
Nasib Zizie Izette dalam kes rasuah RM2.8 juta diputuskan esok
July 19, 2026· Isu semasa
Sofia Rini berdepan tuduhan fitnah Farhash, kes disebut semula Ogos ini
July 15, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
July 20, 2026 · Politik
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
3 jam lalu · Politik
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
7 jam lalu · Politik
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
7 jam lalu · Politik
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok