Kes saman fitnah antara Anwar dengan Sanusi selesai secara baik.
Satu langkah ke arah kematangan politik telah dicapai apabila Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, bersetuju untuk menyelesaikan kes saman fitnah di Mahkamah Tinggi Alor Setar.
Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Khamis, kedua-dua pemimpin itu mencapai kata sepakat untuk menamatkan pertikaian mereka secara muktamad.
Keputusan ini diambil setelah mempertimbangkan kesan berpanjangan tindakan saman serta kos perundangan yang tinggi yang perlu ditanggung oleh kedua-dua belah pihak.
“Sehubungan dengan itu, Sanusi dengan secara terbuka, suci hati dan tanpa syarat menarik balik kenyataan-kenyataan yang telah dibuat olehnya pada 13 November 2022 terhadap Anwar,” menurut kenyataan tersebut.
Tindakan penarikan balik itu digambarkan sebagai satu usaha untuk menjernihkan keadaan dan mengekalkan hubungan yang berhemah.
Sebagai balasan, Anwar bersetuju menarik balik tindakan sivil terhadap Sanusi.
“Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, pihak-pihak dengan itu mengambil langkah penarikan balik ini sebagai usaha untuk menjernihkan keadaan dan mengekalkan hubungan yang baik dan berhemah antara kedua-dua pihak,” jelas kenyataan itu lagi.
Kedua-dua pemimpin turut merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Dr. Mohd Johan Lee, atas usaha medianya yang membawa kepada penyelesaian damai ini.
Mereka berharap agar penyelesaian ini dihormati semua pihak dan tidak dieksploitasi yang boleh menjejaskan keharmonian serta perpaduan negara.
Kes saman ini bermula pada Disember 2022, apabila Anwar menyaman Sanusi berhubung kenyataan yang didakwa berbaur fitnah semasa satu kempen ceramah pilihan raya.
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN