Ketua Pemuda PAS Perak akui kesilapan dalam insiden babitkan Sultan Nazrin, mohon maaf

September 1, 2025 · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri memohon maaf atas kekhilafannya merujuk seorang wanita berketurunan Cina dalam insiden serangan terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah semalam.

Dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, beliau menjelaskan hantaran awalnya mengenai isu itu telah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mohd Hafez menegaskan pada waktu kejadian hanya menerima maklumat awal yang menyatakan wanita terbabit adalah dari kaum Cina.

“Sebagai rakyat yang sayangkan Tuanku Sultan, perasaan bimbang dan takut akan keselamatan baginda hadir dalam diri saya.

“Jadi, saya telah membuat hantaran secepat mungkin kerana ia melibatkan breach of security (pelanggaran keselamatan) terhadap Duli Yang Maha Mulia,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Perak menambah, beberapa minit selepas membuat hantaran tersebut, beliau menyedari bahawa maklumat awal yang diterimanya tidak tepat dan segera membuat pembetulan.

“Namun, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil tangkapan layar hantaran awal saya dan menyebarkannya secara meluas, sengaja membina naratif seolah-olah saya memainkan sentimen perkauman,” katanya.

Mohd Hafez menekankan tidak sekali-kali berniat menimbulkan isu bangsa atau etnik dalam persoalan insiden tersebut, sebaliknya lebih menekankan aspek keselamatan Sultan Perak yang perlu diperketatkan.

Beliau juga menyedari tindakan melanggar kawalan keselamatan tidak boleh dipertahankan tanpa mengira latar belakang individu yang melakukannya.

Mohd Hafez telah membuat laporan polis berhubung penyebaran tangkapan layar hantaran awalnya yang dimanipulasi itu.

Terdahulu, beberapa pihak termasuk sayap Pemuda DAP (DAPSY) dari seluruh negara telah membuat laporan polis terhadap Mohd Hafez berikutan hantaran awalnya yang tular di media sosial.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi semalam, seorang wanita berusia 41 tahun telah menaiki pentas utama semasa acara sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak dan cuba mendekati Sultan Nazrin.

Wanita itu berjaya ditahan, dan siasatan awal polis mendapati suspek memiliki rekod rawatan psikiatri serta rekod lampau berkaitan dadah.

Berita berkaitan
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
6 jam lalu· Politik
DAP kekal, Ibrahim Ali dakwa PAS kecewa tak dapat masuk jadi kerajaan
August 17, 2026· Politik
AMK Selangor: PAS jangan sekadar cakap besar mahu tumbangkan PH
August 17, 2026· Politik
Tun Faisal kritik Hadi, boleh hadir program parti tapi ponteng sesi RCI TH
August 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
August 19, 2026 · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
4 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
6 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok