Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan.
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jeffrey Kitingan telah memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lima jam setengah berhubung dakwaan rasuah melibatkan RM1.6 juta.
Setiausaha Politiknya, Anuar Ghani memberitahu Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah hadir di pejabat SPRM Kota Kinabalu mulai pukul 5.30 petang dan sesi tersebut berakhir pada pukul 11 malam pada Khamis.
“Beliau memberikan kerjasama penuh kepada pihak penyiasat dan telah melengkapkan keterangannya.
“Kami menasihatkan agar siasatan ini dibiarkan berjalan tanpa sebarang gangguan serta menunggu hasilnya,” katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau juga menyeru orang ramai dan ahli parti agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu proses undang-undang.
“Orang ramai dan ahli parti juga digesa supaya tidak membuat spekulasi serta menghormati prinsip kedaulatan undang-undang,” tambah Anuar yang juga Ketua Penerangan STAR itu.
Beliau menegaskan adalah penting untuk orang ramai tidak terpesong daripada isu-isu besar yang sedang membelenggu Sabah.
Anuar menyenaraikan beberapa perkara kritikal seperti tuntutan 40 peratus hasil negeri, hak minyak dan gas, serta isu banjir dan keselamatan makanan.
Anuar juga menyuarakan kebimbangan situasi semasa mungkin dimanipulasi untuk menjejaskan imej pemimpin tempatan.
Dakwaan tersebut timbul berikutan tularnya satu video dalam talian yang mendakwa Kitingan menerima wang berjumlah RM1.6 juta berkaitan dengan lesen penerokaan perlombongan.
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum