Konflik parti komponen BN, Najib gesa MIC dan MCA jangan berpecah: Pemuda BN

September 12, 2025 · Politik

Najib Tun Razak menggesa semua parti komponen terus mempertahankan warisan perjuangan Barisan Nasional (BN) dan tidak berpecah belah kerana perpecahan hanya akan meruntuhkan gabungan tersebut.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Komunikasi Pemuda BN, Neow Choo Seong yang disampaikan oleh Najib secara peribadi ketika mereka berjumpa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semasa prosiding kes bekas perdana menteri itu Khamis lalu.

Choo Seong, yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda MCA, menegaskan ke hadirannya ke mahkamah bukanlah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada parti, sebaliknya bagi menyatakan sokongan dan solidariti kepada bekas pengerusi BN itu.

“Hari ini saya ke mahkamah bukan untuk mengucap ‘selamat tinggal’, tetapi dengan penuh doa dan harapan menanti detik untuk berkata, ‘Selamat kembali’ kepada Datuk Seri Najib,” katanya.

Beliau turut berkongsi pesanan peribadi daripada Najib menerusi satu hantaran di Facebook.

“Pesan beliau menusuk jiwa iaitu warisan perjuangan BN mesti terus dipertahankan. Inilah amanah, inilah semangat perjuangan, bersatu kita teguh bercerai kita roboh!” katanya.

Kenyataan ini susulan laporan media pada Selasa lalu yang memetik sumber mengatakan bahawa pucuk pimpinan MIC telah mengadakan pertemuan dengan Najib bagi memaklumkan hala tuju parti dan mengucapkan ‘sayonara’ atau selamat tinggal kepada BN.

Laporan tersebut mendakwa pertemuan yang dihadiri Presiden MIC, SA Vigneswaran, serta beberapa pemimpin kanan parti itu berlangsung selama hampir satu jam.

Spekulasi mengenai masa depan parti komponen BN semakin memuncak ekoran bayangan yang diberikan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin kemungkinan gabungan itu mungkin diperkukuh dengan penyertaan MIC dan MCA menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16.

Berita berkaitan
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
6 jam lalu· Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
1 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
5 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
6 jam lalu · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
August 17, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok