Kekecohan tercetus semasa Konvensyen Nasional Parti Amanah di Shah Alam.
Suasana hari kedua Konvensyen Nasional Parti Amanah 2025 di Shah Alam menjadi kecoh dan tegang apabila beberapa perwakilan secara lantang mendesak supaya usul berkaitan pemilihan parti yang dijadualkan tahun hadapan dibahaskan dengan segera.
Desakan itu memaksa Pengerusi Persidangan, Azhar Abd Shukur, berulang kali campur tangan bagi menenangkan keadaan sebelum akhirnya membenarkan dua orang perwakilan membentangkan pandangan masing-masing.
Ketegangan muncul apabila wujudnya pandangan yang berbeza, seorang perwakilan mencadangkan pemilihan parti ditangguhkan selepas tahun 2026, manakala seorang yang lain bertegas mahu ia diteruskan seperti jadual asal.
Suasana semakin hangat dengan ada perwakilan yang menjerit-jerit mendesak usul berkenaan diberi ruang perbincangan sepenuhnya.
“Kami mahu ia dibahaskan, bukan sekadar dicadangkan,” kata salah seorang perwakilan.
Selepas keadaan berjaya ditenangkan, persidangan diteruskan dengan membahaskan usul-usul lain yang telah diterima.
Usul pertama yang dibincangkan ialah cadangan menaikkan had umur keahlian sayap wanita muda Amanah daripada 35 tahun kepada 40 tahun.
Terkait isu pemilihan parti, Naib Presiden Amanah, Mohd Hatta Ramli, telah pun memberi penjelasan kepada media lebih awal bahawa usul tersebut tidak akan dibahaskan dalam konvensyen kali ini.
Beliau berhujah ia dianggap terlalu awal dan tidak selaras dengan perlembagaan parti yang melarang sebarang keputusan dibuat sebelum tiba masanya.
Zahid harap MIC terus bersama BN, tapi…
Amanah mahu agihan kerusi lebih adil di Melaka, Johor: Khalid Samad
Tun Faisal tepis dakwaan Bersatu campur tangan politik dalam isu dalaman PAS
Fokus tadbir Perlis, jangan pendek umur politik: Fadhli
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong