Langkah penjimatan guna penerbangan sewaan khas untuk PMX ke tiga negara: PMO

June 30, 2025 · Isu semasa

Lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke tiga pusat ekonomi utama dunia bermula esok hingga 7 Julai ini akan menggunakan perkhidmatan penerbangan sewaan khas daripada Malaysia Airlines.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Tunku Abaidah berkata lawatan tersebut melibatkan destinasi Rom (Itali); Paris (Perancis); dan Rio de Janeiro (Brazil) dengan jadual yang padat tanpa transit panjang.

Beliau berkata penggunaan penerbangan sewaan khas diputuskan selepas mengambil kira faktor penjimatan masa, kos dan penyelarasan delegasi.

“Keputusan ini membolehkan jadual padat Perdana Menteri di ketiga-tiga negara berjalan lancar tanpa perlu transit lama. Kos penerbangan sewaan khas juga lebih ekonomik berbanding operasi penuh pesawat kerajaan.

“Selain itu penyelarasan yang menyaksikan delegasi kerajaan dan perniagaan berlepas dan tiba bersama-sama, menjamin kehadiran tepat waktu untuk semua mesyuarat dan sesi libat urus,” katanya pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Tunku Nashrul berkata kos penerbangan bagi delegasi rasmi kerajaan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, manakala delegasi peniagaan akan menanggung sendiri kos masing-masing.

“Kesemua delegasi perniagaan akan tetap berada di ketiga-tiga negara terlibat. Berikutan itu, Perdana Menteri menjemput mereka untuk ikut serta dalam delegasi besar Malaysia supaya dapat menjimatkan kos semua pihak selain memastikan penyelarasan yang lebih teratur di ketiga-tiga negara tersebut.

“Jadi di sini ingin saya tegaskan sekali lagi tidak berlaku sebarang konflik kepentingan melibatkan kerajaan dan delegasi peniagaan,” katanya.

Antara delegasi perniagaan yang akan menyertai misi berkenaan adalah Petronas, Khazanah, Tenaga Nasional Bhd (TNB), Maybank, FGV, YTL Power dan Sunway.

Tunku Nashrul berkata lawatan Perdana Menteri itu akan mengukuhkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, membuka pasaran baharu serta mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia.

Beliau berkata kehadiran Perdana Menteri di Sidang Kemuncak BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) di Rio de Janeiro akan mengangkat suara ASEAN dalam tadbir urus global serta memastikan agenda Selatan-Selatan terus dipertingkat. – Bernama

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
16 jam lalu· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
16 jam lalu· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
16 jam lalu· Politik
Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang
September 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
16 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
16 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
23 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok