Latheefa Koya tak faham maksud cuba disampaikan, Nazri jelaskan isu Tengku Maimun

July 12, 2025 · Politik

Pemimpin veteran UMNO, Nazri Aziz memberi penjelasan terhadap kekeliruan yang dibuat oleh seorang peguam, Latheefa Koya berkaitan tanggapan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat tidak disambung perkhidmatan kerana ucapan di luar negara.

Nazri yang juga bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) berkata tidak wajar untuk Latheefa menafsir pandangan peribadinya adalah juga keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Sebagai seorang peguam yang hebat, agak pelik bila Latheefa menganggap kenyataan saya sebagai keputusan perdana menteri,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Sementara itu, Nazri berkata hubungannya yang baik dengan Anwar tidak bermakna dia mempunyai pengaruh untuk mencampuri urusan kerajaan.

“Perdana menteri berhak sepenuhnya atas apa-apa keputusan yang mahu beliau buat,” katanya.

Nazri juga menasihatkan Latheefa memahami maksud sebenar kenyataannya sebelum memberi sebarang reaksi.

“Dalam kenyataan saya, saya ada sebut bahawa seorang ketua hakim tidak boleh mencampuri urusan politik. Saya rasa Latheefa juga faham perkara ini.

“Tetapi ucapan Tengku Maimun di luar negara itu seolah-olah menunjukkan beliau cuba mencampuri urusan politik,” katanya.

“Bila dia sebut pelantikan hakim perlu bebas daripada campur tangan perdana menteri, bermakna dia nak beritahu perdana menteri sebelum ini termasuk yang melantik dia juga masuk campur urusan kehakiman?

“Dia kena ingat, perdana menteri itu dipilih oleh rakyat, jadi kena hormat orang yang dipilih oleh rakyat,” katanya.

Terdahulu, Latheefa, pengasas bersama Lawyers for Liberty (LFL), mendesak Anwar menjawab dakwaan Tengku Maimun tidak disambung perkhidmatan kerana membayangkan Anwar campur tangan dalam pelantikan kehakiman.

Latheefa membuat gesaan itu susulan kenyataan Nazri yang menganggap tindakan itu membawa kepada keputusan melibatkan jawatan hakim tertinggi di Malaysia.

“Jadi, jika anda ingin tahu mengapa perkhidmatan beliau tidak disambung, mungkin itulah sebabnya,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Scoop.

Portal itu melaporkan, dalam ucapan bertajuk Judicial independence and Parliamentary Sovereignty – A Colossi of Roads? di Malta, Maimun menyentuh cadangan meminda akta dan perlembagaan untuk menghapuskan peranan Perdana Menteri dalam pelantikan hakim.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
9 jam lalu· Politik
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
9 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
9 jam lalu· Politik
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
12 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
14 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
15 jam lalu · Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026 · Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026 · Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok