Lebih 1,300 ‘scammer’ ditangkap dalam Operasi Khas JSJK

October 30, 2025 · Isu semasa

Sebanyak 1,303 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti penipuan atau ‘’scammer telah berjaya ditahan dalam satu operasi bersepadu seluruh negara yang dikenali sebagai Operasi Mule National Scam Respon Centre (Op Mule NSRC).

Operasi selama enam hari itu dijalankan dari 22 hingga 28 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Rusdi Mohd Isa semasa taklimat media di Menara KPJ hari ini, mendedahkan jumlah sasaran tangkapan asal ialah seramai 2,062 suspek.

“Dalam Op Mule NSRC ini, kita mempunyai 2,062 sasaran tangkapan seluruh negara, namun kita berjaya memberkas 1,303 individu,” katanya.

Menurut beliau, tangkapan terbesar dicatatkan di Sarawak dengan 272 individu, diikuti oleh Sabah (200), Kuala Lumpur (137), dan Selangor (115). Sebanyak 778 kertas siasatan telah dibuka hasil daripada operasi tersebut.

“Daripada 778 kertas siasatan dibuka terhadap semua tangkapan terbabit, sebanyak 270 berjaya dituduh di mahkamah, manakala 312 lagi dalam siasatan,” jelas Rusdi.

Siasatan terhadap semua suspek dijalankan mengikut beberapa seksyen dalam Kanun Keseksaan termasuk Seksyen 420.

Objektif utama operasi ini adalah untuk melaksanakan serbuan, tangkapan, dan rampasan terhadap ahli sindiket ‘akaun keldai’ yang terlibat dalam penipuan dalam talian.

Dalam perkembangan lain, JSJK turut melancarkan Operasi Merpati Khas (Op Merpati Khas 01/2025) yang berlangsung dari 2 hingga 12 September lalu.

Operasi ini menyaksikan 820 individu ditahan, termasuk empat warga asing.

“Semua 790 individu yang ditahan adalah pemilik akaun keldai yang digunakan untuk penipuan e-dagang,” ujarnya.

Operasi itu membabitkan nilai kerugian mangsa mencecah RM11.59 juta, dengan 275 kertas siasatan telah dituduh di mahkamah setakat ini.

Berita berkaitan
Polis serah laporan kes Ketua AKPS, AGC tentukan tindakan lanjut
October 6, 2026· Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
October 5, 2026· Isu semasa
Suri rumah rugi RM18,408 terpedaya job scam
October 4, 2026· Isu semasa
Tiga pelajar lelaki ditahan bantu siasatan kematian Irene Sofiya: Laporan
October 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
14 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
14 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
20 jam lalu · Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok