Limau mandarin dan kurma dikecualikan daripada senarai SST

June 27, 2025 · Isu semasa

Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan senarai tambahan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan limau mandarin dan kurma antara barangan import tambahan terbaharu yang tidak tersenarai dalam skop peluasan.

Pindaan berkuat kuasa 1 Julai lalu itu menyusul pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Rabu lalu yang mengecualikan buah oren dan epal import daripada dikenakan cukai SST.

“MOF ingin menggariskan bahawa kerajaan Madani tidak mengenakan cukai jualan ke atas barangan keperluan harian bagi meringankan tekanan kos sara hidup rakyat terbanyak.

“Barangan keperluan harian yang dikecualikan daripada cukai jualan ini — sama ada dihasilkan dalam negara atau diimport — termasuk beras, ayam, daging lembu, sayursayuran dan telur.

“Ikan tempatan seperti selar, tongkol, cencaru dan sardin, sama ada dalam bentuk sejuk beku, sejuk dingin atau segar, juga akan terus dikecualikan,” katanya dalam kenyataan.

MOF sebelum ini berkata bahawa peluasan SST mulai 1 Julai, termasuk kadar 5% ke atas buah-buahan import, secara strategik bertujuan untuk mengukuhkan permintaan pertanian tempatan dan mengukuhkan keselamatan makanan.

Kementerian itu berkata kerajaan sentiasa meneliti dan mengambil kira maklum balas diterima daripada rakyat serta pihak industri terhadap peluasan skop SST yang dicadangkan.

“Sebagai sebahagian daripada usaha memahami pandangan akar umbi, MOF telah mengadakan sesi libat urus bersama beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan semalam.

“Kerajaan kekal bersedia untuk memastikan semakan semula SST ini bersifat progresif, serta mengurangkan sebaiknya kesan terhadap barangan keperluan asas rakyat dan beban ditanggung oleh perniagaan kecil,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar tegas martabatkan bahasa Melayu, perluas penguasaan bahasa asing
July 28, 2026· Isu semasa
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
July 27, 2026· Politik
Pendedahan RCI Tabung Haji mampu tamatkan fitnah: Mujahid
July 25, 2026· Politik
RCI Tabung Haji: PAS panik selepas PMX umum akan dedah kepada umum?
July 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ucapan kempen tular, polis siasat Ahli Parlimen Jempol
3 jam lalu · Isu semasa
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
15 jam lalu · Isu semasa
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
19 jam lalu · Isu semasa
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
19 jam lalu · Isu semasa
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
4 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok