Mahkamah Persekutuan tolak rayuan AG dalam kes titah adendum Najib

August 13, 2025 · Politik

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Peguam Negara yang cuba menghalang Najib Razak daripada meneruskan permohonan semakan kehakiman berhubung titah adendum Yang di-Pertuan Agong.

Keputusan sebulat suara dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Hasnah Mohammed Hashim, bersama Hakim Zabariah Mohd Yusof dan Hanipah Farikullah.

Hakim Zabariah dalam penghakiman menyatakan persoalan kewujudan dan kesahihan titah adendum hanya boleh ditentukan melalui perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi.

Keputusan ini mengekalkan keputusan sebelumnya Mahkamah Rayuan pada 6 Januari lalu yang memerintahkan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Permohonan semakan kehakiman Najib sebelum ini ditolak Mahkamah Tinggi pada 3 Julai tahun lalu, tetapi diputuskan semula oleh Mahkamah Rayuan.

Najib dalam permohonannya memohon perintah mahkamah untuk memaksa kerajaan mengesahkan kewujudan titah adendum yang didakwa dikeluarkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara beliau.

Jika titah tersebut wujud, Najib memohon untuk dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya bagi menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah.

Bekas Perdana Menteri itu sedang menjalani hukuman penjara berikutan sabitan kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International. Beliau memfailkan petisyen pengampunan diraja pada September 2022.

Kes ini melibatkan beberapa responden termasuk Menteri Dalam Negeri, Peguam Negara dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Berita berkaitan
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
1 jam lalu· Politik
Muhyiddin dan PMO tidak campur tangan projek Jana Wibawa, mahkamah diberitahu
August 17, 2026· Politik
Lesen judi Kedah: Kalah di mahkamah, kenapa Putrajaya pula dipersalahkan PAS?
August 13, 2026· Politik
Kes saman: Najib bantah 80 peratus keterangan bekas CEO 1MDB
August 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
5 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
6 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
6 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok