Majlis Bencana Negara ditubuhkan, libatkan semua ketua negeri

April 8, 2026 · Isu semasa

Kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Pengurusan Bencana Negara sebagai langkah memperkukuh penyelarasan antara kerajaan Persekutuan dan negeri dalam menghadapi sebarang krisis bencana.

Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dengan keanggotaan tetap melibatkan semua Menteri Besar, Ketua Menteri serta Premier Sarawak.

“Majlis ini akan merangkumi semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier Sarawak sebagai ahli tetap, dan mesyuarat akan diadakan sejurus selepas mesyuarat berkala Ketua-Ketua Negeri,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut beliau, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dilantik sebagai sekretariat bagi majlis tersebut, sekali gus memperkukuh peranan agensi itu dalam penyelarasan respons bencana di peringkat nasional.

Penubuhan majlis ini dilihat sebagai kesinambungan usaha kerajaan dalam memperbaiki pengurusan bencana selepas beberapa insiden banjir besar dan krisis alam sekitar yang menuntut koordinasi lebih cekap antara negeri dan pusat.

Dalam perkembangan lain, Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai pelanjutan Tahun Melawat Malaysia 2026 sehingga penghujung 2027.

Langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada sektor pelancongan pulih sepenuhnya serta menghadapi cabaran semasa.

Fahmi berkata, sektor seperti penerbangan dan hospitaliti kini berdepan tekanan akibat krisis tenaga global dan konflik di Asia Barat.

“Terdapat keperluan untuk meneliti cabaran yang dihadapi supaya industri ini tidak terjejas secara serius,” jelasnya.

Sementara itu, Kabinet turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik, yang meninggal dunia baru-baru ini.

Menurut Fahmi, mendiang merupakan antara tokoh yang banyak berjasa kepada negara sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Kerajaan juga sedang meneliti bentuk penghormatan yang sesuai sebagai tanda mengenang sumbangan beliau kepada pembangunan negara.

Berita berkaitan
Dana Inovasi Media bantu industri hadapi era AI, lindungi pekerja
7 jam lalu· Isu semasa
PH pilih pendekatan politik khidmat di Melaka, bukan hanya bersuara lantang: Fahmi
20 jam lalu· Politik
Fahmi mahu penerima dana media kekalkan pekerja, jangan berhentikan
October 31, 2026· Isu semasa
Isu aplikasi TuJu: Fahmi minta LLM tidak lepas tangan, ambil tanggungjawab
October 31, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
3 jam lalu · Isu semasa
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
3 jam lalu · Isu semasa
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
4 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
7 jam lalu · Isu semasa
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok