Majlis Sejarawan Negara ditubuh, berperanan nasihat naratif sejarah negara

September 8, 2025 · Isu semasa

Kerajaan mengumumkan penubuhan Majlis Sejarawan Negara bagi pertama kalinya, sebuah badan berautoriti yang akan berperanan memberi nasihat kepada kerajaan mengenai naratif sejarah negara.

Majlis yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang sebagai timbalan pengerusi, terdiri daripada 17 orang ahli.

Keahlian majlis ini merangkumi 10 orang sejarawan, dua ahli arkeologi, dua ahli antropologi dan sosiologi, serta seorang wakil masing-masing daripada Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tempoh perkhidmatan mereka adalah selama dua tahun bermula 1 Ogos 2025 hingga 31 Julai 2027.

Anwarh menyampaikan watikah pelantikan kepada kesemua 17 ahli majlis dalam satu majlis yang diadakan.

Antara sejarawan terkemuka yang dilantik ialah Profesor Emeritus Ahmat Adam, Profesor Emeritus Abdullah Zakaria Ghazali, Profesor Emeritus Mohammad Redzuan Othman, Profesor Danny Wong Tze Ken, dan Profesor S.R Sivachandralingam.

Mengenai penubuhannya, Aaron Ago Dagang berkata langkah ini adalah suatu inisiatif strategik untuk membangunkan identiti nasional yang kukuh berteraskan sejarah.

“Penubuhan majlis ini penting bagi memastikan aspek kajian, sumber, penulisan, penerbitan, pendidikan serta advokasi sejarah negara berada pada landasan yang betul demi kestabilan, keamanan dan perpaduan nasional,” kata Aaron.

Beliau juga memberitahu cadangan penubuhan majlis ini pertama kali dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmikan Konvensyen Sejarah Negara dan Perpaduan Nasional tahun lalu, sebelum diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 24 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyifatkan majlis ini juga berperanan untuk menjana idea baharu bagi memantapkan pendidikan sejarah negara yang inklusif selaras dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.

“KPN terus menyokong usaha ke arah pembinaan naratif sejarah yang mencerminkan kepelbagaian dan penyatuan, agar generasi akan datang dapat mempelajari sejarah negara berasaskan fakta yang sahih serta dapat dibuktikan dengan jelas.”

Penubuhan majlis ini diharapkan dapat memastikan ketepatan fakta sejarah dalam wacana awam dan pendidikan, serta menyediakan wadah profesional kepada para sejarawan negara.

Berita berkaitan
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
8 jam lalu· Politik
Pelaburan KWAP rugi RM200 juta perlu disiasat: PMX
13 jam lalu· Isu semasa
PM ucap tahniah kepada Nur Jazlan dilantik semula Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara: Bernama
13 jam lalu· Politik
AMK persoal pendirian UMNO bersama PAS, gesa lepaskan jawatan
July 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
3 jam lalu · Isu semasa
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
4 jam lalu · Isu semasa
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
7 jam lalu · Isu semasa
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok