Malaysia-Indonesia sepakat isu sempadan, kerjasama ekonomi: Laporan

July 29, 2025 · Isu semasa

Malaysia dan Indonesia mencapai beberapa persetujuan penting dalam Rundingan Tahunan ke-13 yang berlangsung di Jakarta, termasuk isu sempadan, peluasan kerjasama ekonomi serta usaha mempercepat pelaksanaan projek tenaga baharu, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, antara pencapaian utama rundingan berkenaan ialah pemeteraian empat memorandum persefahaman (MoU) yang merangkumi isu sempadan termasuk Pulau Sebatik serta kesihatan, maklumat dan komunikasi, selain tadbir urus Internet.

“Kami menyentuh pelbagai isu penting termasuk sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion, kerjasama pelaburan di Ibu Kota Nusantara (IKN), serta kemudahan akses rentas sempadan yang lebih lancar di Entikong,” katanya pada sidang media selepas rundingan berkenaan di sini, hari ini.

Entikong ialah pekan di Kalimantan Barat, Indonesia, yang bersempadan dengan Tebedu, Sarawak.

Anwar berkata, pelaburan Malaysia dalam sektor-sektor strategik di Indonesia berteraskan semangat tulen untuk memperkukuh kesejahteraan serantau.

Perdana Menteri berkata, hasrat Malaysia ialah untuk menjadi rakan pembangunan yang jujur dan amanah dalam pelbagai bidang, termasuk tenaga boleh baharu dengan Sarawak sebagai hab eksport infrastruktur, perumahan, pendidikan dan teknologi.

Mengenai isu sempadan laut di Laut Sulawesi, Anwar berkata, perbincangan dijalankan berasaskan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Undang-undang Laut PBB (UNCLOS), serta kepentingan kedua-dua negara.

“Semangat kita ialah untuk menjaga kepentingan masing-masing sambil menghormati garis sempadan yang ditetapkan mengikut undang-undang antarabangsa. Kita teruskan dengan semangat itu supaya tiada ketegangan,” katanya.

Dalam soal keselamatan, Anwar berkata, Malaysia dan Indonesia bersetuju meningkatkan kerjasama melalui kerangka Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) bagi memelihara ketenteraman Laut Sulu dan Laut Sulawesi.

Beliau berkata, keutamaan Malaysia kekal pada keselamatan strategik di Selat Melaka dan Laut China Selatan, sambil mengingatkan nasib rantau ini perlu ditentukan rantau ini sendiri, bukannya oleh kuasa luar.

Berhubung gesaan segelintir pihak di Indonesia supaya Malaysia membantu dalam isu membabitkan ahli perniagaan Indonesia, Mohd Riza Chalid, Perdana Menteri berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan mengikut kerangka undang-undang.

“Setakat ini, kita hanya dimaklumkan secara umum dan belum menerima sebarang keterangan jelas berhubung perkara terbabit.

“Namun, kita bersedia memberikan kerjasama penuh kerana Malaysia dan Indonesia ialah negara sahabat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Mohd Riza yang dinamakan pihak berkuasa Indonesia sebagai suspek kes rasuah berkaitan pengurusan minyak mentah PT Pertamina bagi tempoh 2018 hingga 2023, didakwa kini berada di Malaysia. – Bernama

Berita berkaitan
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
3 jam lalu· Isu semasa
PRN NS: Anwar harap pengundi kekalkan Aminuddin berdasarkan rekod
4 jam lalu· Politik
PMX: Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya kembalikan hasil pembangunan kepada rakyat
13 jam lalu· Politik
PRN NS: Anwar titip pantun, seru kekal bersahabat walau bertanding
15 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
7 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
10 jam lalu · Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
12 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
13 jam lalu · Isu semasa
PRN N9: Tauliah mengajar agama ahli politik digantung sementara
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok