Malaysia main peranan penting pulihkan keamanan serantau: Fahmi

July 30, 2025 · Isu semasa

Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja apabila menjadi tuan rumah kepada satu pertemuan diplomatik yang bersejarah, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menjadi hos kepada pertemuan itu yang melibatkan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada Isnin lepas.

“Saya percaya niat kita adalah jelas (iaitu) untuk memastikan ketenteraman dan keamanan dapat dikembalikan.

“Sebagai Pengerusi Asean pada tahun ini, Malaysia memainkan peranan penting dalam mengemudi dan mencari titik pertemuan dalam kepelbagaian dan kerencaman di Asia Tenggara… dan kita telah berjaya dalam hal ini,” katanya semasa berucap dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Fahmi berkata situasi sebegini amat jarang berlaku dengan Malaysia menjadi tumpuan seperti itu.

“Namun, kita menyaksikan kejayaan besar apabila kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dan mengumumkan gencatan senjata secara bersama,” katanya.

Beliau berkata meskipun pengumuman itu merupakan satu langkah positif, keadaan di lapangan masih bersifat dinamik.

Oleh itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Mohd Nizam Jaffar semalam mengetuai delegasi diplomatik ke Thailand dan Kemboja untuk mengadakan perbincangan bersama kepimpinan ketenteraan kedua-dua negara agar pelaksanaan gencatan senjata dapat dijayakan dengan baik.

Ketegangan sempadan antara Thailand dan Kemboja tercetus dengan insiden tembak-menembak yang singkat pada 28 Mei lepas sebelum memuncak kepada konflik bersenjata pada 24 Julai.

Setakat 26 Julai, pertempuran antara kedua-dua negara berjiran itu telah meragut sekurang-kurangnya 32 nyawa dan memaksa sehingga 200,000 penduduk berpindah dari kawasan sempadan yang terjejas.

Namun, usaha berterusan untuk meredakan krisis itu akhirnya membuahkan hasil melalui rundingan secara bersemuka di Putrajaya pada Isnin lepas. – Bernama

Berita berkaitan
Kerajaan perangi judi haram secara lebih agresif: PMX
5 jam lalu· Isu semasa
Kedudukan CPI Malaysia meningkat, usaha lawan rasuah tunjuk hasil: Anwar
15 jam lalu· Isu semasa
Anwar minta kerajaan negeri patuh keputusan berhubung isu rumah ibadat tak sah
February 10, 2026· Isu semasa
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
February 9, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Dewan Rakyat diberitahu lebih 21,000 remaja hamil luar nikah sejak 2019
5 jam lalu · Isu semasa
Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut lunas perundangan, titah Agong
5 jam lalu · Isu semasa
Majoriti pengguna RON95 guna bawah 200 liter sebulan: Anwar
5 jam lalu · Isu semasa
MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor
15 jam lalu · Isu semasa
SPRM nafi laporan Bloomberg terhadap Azam Baki, sifatkan sebagai mengelirukan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok