Malaysia masuk pencalonan semula ke Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa: Fahmi

July 9, 2025 · Isu semasa

Malaysia telah mengumumkan secara rasmi pencalonannya untuk pemilihan semula ke Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi penggal 2027-2030.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, semasa sesi ucapan pemimpin di Acara Peringkat Tinggi Sidang Kemuncak Dunia mengenai Masyarakat Bermaklumat+20 (WSIS+20) di Geneva, hari ini.

Fahmi berkata Malaysia kekal sebagai pemain aktif dalam ITU, daripada janji Partner2Connect kepada pengerusian Kumpulan Kajian ITU dan penganjuran program pembinaan kapasiti.

“Sehubungan itu, kami memohon pemilihan semula ke Majlis ITU bagi penggal 2027–2030. Matlamat kami jelas: untuk membantu membina sebuah masyarakat global yang lebih berhubung, berpengetahuan dan inklusif.

“Kami mengulangi komitmen penuh kami untuk bekerjasama dengan semua rakan kongsi bagi meningkatkan keterangkuman digital, mengukuhkan daya tahan dan memastikan tiada siapa yang tertinggal dalam era digital ini,” tambah beliau.

Malaysia kini merupakan ahli Majlis ITU yang telah dipilih bagi penggal 2023-2026, yang membolehkan negara ini menyertai usaha membentuk hala tuju dasar strategik ITU dan mewakili kepentingan rantau Asia dalam bidang telekomunikasi dan infrastruktur digital.

ITU ialah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi telekomunikasi dan teknologi digital yang memperuntukkan spektrum frekuensi radio, membangunkan piawaian antarabangsa untuk memastikan keserasian rangkaian komunikasi serta berusaha merapatkan jurang digital di seluruh dunia.

Berita berkaitan
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
21 jam lalu· Politik
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026· Isu semasa
Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia perlu maju bersama: Fahmi
September 16, 2026· Isu semasa
Fahmi santuni jurugambar Borneo Post terjejas ribut
September 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
13 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
19 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
21 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
22 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok