Ahmad Maslan.
Ahmad Maslan mempersoalkan sikap tidak konsisten Ahli Parlimen pembangkang yang didakwa enggan menyokong Belanjawan 2026, tetapi dalam masa yang sama terus mengemukakan pelbagai permintaan untuk kawasan masing-masing.
Timbalan Menteri Kerja Raya itu meluahkan rasa kesal beliau dengan menyifatkan situasi itu membuatkannya berasa ‘malas untuk menjawab’ soalan di Dewan Rakyat dikemukakan oleh wakil pembangkang.
“Semalam (Ahli Parlimen) pembangkang tak sokong pun Belanjawan 2026, tetapi minta berjela-jela, macam malas saya nak menjawab. Kenapa tak sokong semalam, lepas itu minta itu dan minta ini,” soalnya pada sesi jawapan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan beliau itu dibuat sebagai respons kepada soalan tambahan daripada Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) berkenaan rancangan kerajaan untuk menaik taraf infrastruktur jalan raya di kawasannya yang bermasalah.
“Saya akan fikirkan apabila kawasan Mersing bersama dengan Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Madani,” katanya lagi.
Namun, kenyataan ‘malas’ beliau itu telah dicelah oleh Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang menyatakan, “Beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya malas untuk menjawab soalan di Dewan Rakyat.”
Ahmad emudian mempertahankan kenyataannya dengan menjelaska ‘malas’ yang dimaksudkannya adalah sebagai mencerminkan soalan daripada pihak pembangkang yang didakwa turut ‘malas’ menghadiri sidang Dewan.
Tidak ingin pertikaian itu berlarutan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat,Ramli Mohd Noor, campur tangan.
“Tidak ada dalam buku peraturan jadi kita teruskan kepada urusan majlis,” ujarnya.
Sebelum ini, Belanjawan 2026 telah diluluskan pada peringkat dasar selepas dibahaskan, dengan keputusan undian menunjukkan 119 Ahli Parlimen menyokong, 74 menolak, dan 29 tidak hadir.
Zahid harap MIC terus bersama BN, tapi…
Amanah mahu agihan kerusi lebih adil di Melaka, Johor: Khalid Samad
Tun Faisal tepis dakwaan Bersatu campur tangan politik dalam isu dalaman PAS
Fokus tadbir Perlis, jangan pendek umur politik: Fadhli
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong