MB Perlis tak tolak bubar DUN jika hilang sokongan wakil PAS

May 23, 2026 · Politik

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah memberi bayangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan dibubarkan sekiranya enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang DUN awal Jun ini.

Menurutnya, tindakan itu terpaksa diambil jika kedudukannya sebagai Menteri Besar dicabar secara rasmi dalam sidang berkenaan.

“Kalau berlaku undi tidak percaya, saya tiada pilihan selain membubarkan DUN. Saya tidak takut kerana itu lumrah politik,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Sidang DUN Perlis dijadual berlangsung dari 3 hingga 5 Jun depan dan dijangka menjadi tumpuan susulan kemelut dalaman melibatkan PAS dan Bersatu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) negeri itu.

Kemelut berkenaan mula memuncak selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mendakwa Bersatu tidak menghormati semangat setiakawan dalam PN termasuk dalam isu politik di Perlis.

Beliau turut memaklumkan pimpinan PAS akan berbincang dengan kepimpinan negeri bagi menentukan tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, enam ADUN PAS diketuai Mohd Shukri Ramli bersama Muhammad Azmir Azizan, Asrul Aimran Abd Jalil, Razali Saad, Wan Badariah Wan Saad dan Haziq Asyraf Dun mendesak penjelasan Abu Bakar berhubung penangguhan sidang DUN yang sepatutnya berlangsung pada April lalu.

Bagaimanapun, Abu Bakar menafikan penangguhan itu dibuat kerana beliau bimbang kehilangan sokongan majoriti.

Beliau berkata, kerajaan PN Perlis masih kekal stabil walaupun hubungan antara PAS dan Bersatu dilihat semakin tegang menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

“Kita masih mempertahankan semangat persaudaraan dalam PN Perlis. Politik boleh berubah dari semasa ke semasa, tetapi kerajaan PN di Perlis masih kekal,” katanya.

Perlis sebelum ini menyaksikan perubahan kepimpinan apabila Abu Bakar dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohd Shukri selepas krisis politik dan isu integriti yang melanda pentadbiran negeri.

Pelantikan itu mendapat perkenan Raja Perlis yang mahu kestabilan kerajaan negeri terus dipertahankan.

Berita berkaitan
Bersatu jawab kritikan PAS, tegaskan semua isu patut dibincang dalam gabungan
6 jam lalu· Politik
DAP sokong cadangan bubar DUN Negeri Sembilan
7 jam lalu· Politik
PAS muktamadkan hala tuju hubungan dengan Bersatu pada masa terdekat: Takiyuddin
May 23, 2026· Politik
ULASAN: Bila PAS mula berlagak jadi ‘abang besar’
May 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Isu agama dan kaum dimainkan Akmal beri beban kepada kerajaan: Rafizi
13 jam lalu · Politik
Rafizi berisiko kalah kerusi Pandan sama seperti di Gombak: AMK Pulau Pinang
13 jam lalu · Politik
AMK desak wakil rakyat PKR jelaskan kehadiran semasa program Rafizi
13 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul diberi peranan baharu jaga kerusi Parlimen Pandan: Amiruddin
13 jam lalu · Politik
Anwar diharap terus kekal di Tambun: PKR Perak
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok