Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin Ali mengesahkan berlangsung perbincangan tidak rasmi antara gabungan itu dengan MCA dan MIC, dua parti komponen utama Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) tersebut berkata kedua-dua parti itu mengiktiraf dasar-dasar kerajaan PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu sebagai adil dan mewakili kepentingan semua lapisan masyarakat.
“Ya, pertemuan dan perbincangan tidak rasmi berlaku sebab mereka rakan-rakan kita,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Azmin berkata pertemuan tersebut merupakan satu permulaan yang baik untuk mencari titik persamaan demi kepentingan rakyat.
Bagaimanapun, beliau berkata adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai penyertaan rasmi MCA dan MIC ke dalam PN pada masa ini.
“Perbincangan tidak rasmi sentiasa berlaku, bukan sahaja dengan MCA ataupun MIC, tetapi dengan semua pihak bersedia untuk bersama-sama menyatukan gabungan yang meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kepartian mahupun peribadi,” katanya.
Beliau turut menambah PN sentiasa terbuka untuk menjalankan perbincangan tidak rasmi dengan semua pihak, termasuk MCA dan MIC, yang bersedia untuk mengutamakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan parti atau peribadi.
Pengalaman luas MCA dan MIC dalam kerajaan juga dilihat dapat membantu PN membentuk dasar yang lebih progresif, terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Sebagai parti komponen BN, MCA dan MIC mempunyai sejarah panjang bekerjasama dengan UMNO.
Namun, kebelakangan ini, timbul ketidakpuasan hati dalam kalangan pemimpin MCA dan MIC mengenai pengaruh terhad mereka dalam kerajaan.
Presiden MCA, Dr. Wee Ka Siong, sebelum ini menyatakansemua 191 bahagian parti akan membincangkan hala tuju MCA, manakala MIC pula menyuarakan kesediaan untuk berunding dengan mana-mana parti bagi memastikan kelangsungan politik dan membela nasib masyarakat India.
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang