Pengerusi MCMC, Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Ir. Ts. Sudarnoto Osman menandatangani Perjanjian Pembiayaan Perkongsian Rangkaian Akses Radio (RAN) Multi-Operator Core Network (MOCN) bagi Projek SMART600 di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) memperkukuh komitmen bagi mempercepatkan kesalinghubungan digital inklusif melalui pelaksanaan Projek SMART600.
Projek SMART600, satu inisiatif berimpak tinggi dalam mentransformasi landskap digital luar bandar Sarawak dengan mensasarkan pembinaan 600 menara komunikasi baharu di Sarawak dalam dua fasa – 300 menara bagi setiap fasa.
Infrastruktur ini akan menyediakan perkhidmatan 4G berkualiti tinggi kepada lebih 1,000 lokasi terpencil, merangkumi kawasan seperti Belaga, Marudi, Sungai Belawai, Kapit dan Sungai Encheremin, sekaligus merapatkan jurang digital antara bandar dan pedalaman.
Setakat ini, 587 menara telah siap dibina, dengan 431 menara beroperasi menggunakan teknologi Multi-Operator Core Network (MOCN).
Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Pengerusi MCMC, Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Ir. Ts. Sudarnoto Osman hari ini
Projek ini akan turut meningkatkan akses internet berkelajuan tinggi bagi menyokong aplikasi berteknologi maju seperti kecerdasan buatan (AI), penstriman video, perkhidmatan awam digital dan Internet of Things (IoT).
Pengguna juga boleh memilih perkhidmatan daripada lima (5) pengendali rangkaian mudah alih (MNO) di bawah MCMC serta Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) milik Kerajaan Sarawak – kesemuanya berkongsi infrastruktur dan spektrum melalui MOCN.
Pembiayaan projek ini dilaksanakan secara kolaboratif dengan kerajaan negeri Sarawak akan membiayai kos pembinaan menara, sementara MCMC dan pengendali rangkaian pula akan menanggung kos operasi.
Projek SMART600 merupakan inisiatif utama di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi memastikan liputan 4G menyeluruh di Sarawak menjelang 2030.
Projek SMART600 selaras dengan Sarawak Digital Economy Blueprint 2030 bagi memacu ekonomi digital dan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk, sekaligus memastikan tiada komuniti tercicir dalam arus pembangunan negara.
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
Sita kargo Israel, bukti Malaysia tak berkompromi: Zulkifli
Zamri Vinoth kekal berdepan pertuduhan, perbicaraan April tahun depan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum