MCMC nafi dakwaan syarat kandungan tempatan 80 peratus dimansuh

November 1, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan syarat lesen penyiaran yang mewajibkan 80 peratus kandungan tempatan telah dimansuhkan ekoran suatu perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai menjawab kepada kenyataan seorang bekas ketua pengarang yang didakwa mengelirukan orang ramai dan tidak menggambarkan kerangka pelesenan penyiaran sebenar yang sedang berkuat kuasa di Malaysia.

Menurut MCMC, bagi lesen Content Applications Service Provider Individual (CASP) yang dikeluarkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tiada langsung syarat kuota 80 peratus kandungan tempatan yang dikenakan ke atas penyiar swasta.

Sebaliknya, para penyiar diberikan fleksibiliti untuk menguruskan kandungan siaran mereka sendiri.

“Lesen semasa memberi kebebasan kepada penyiar untuk menentukan kandungan masing-masing berdasarkan garis panduan serta piawaian kandungan yang ditetapkan oleh MCMC,” menurut kenyataan suruhanjaya itu.

MCMC turut menegaskan tiada sebarang larangan di bawah akta tersebut untuk menyiarkan kandungan antarabangsa pada waktu perdana.

Penjadualan siaran adalah tertakluk kepada keputusan komersial penyiar berdasarkan permintaan pasaran, selagi ia mematuhi peraturan kandungan yang sedia ada.

Sementara itu, kerajaan sedang giat membangunkan Dasar Penyiaran Negara (DPN) yang baharu.

Dasar ini bertujuan untuk memastikan ekosistem penyiaran negara kekal mampan, selain memperkukuh pembangunan kandungan tempatan yang berkualiti serta mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih telus dan saksama untuk semua pihak, termasuk penyiar awam, swasta dan platform antarabangsa.

Berita berkaitan
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
13 jam lalu· Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
19 jam lalu· Isu semasa
Lebih 700 kandungan deepfake pemimpin politik diturunkan: MCMC
22 jam lalu· Isu semasa
NADI Inanam Sentral dibuka, peluang digital diperluas
22 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
13 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
19 jam lalu · Isu semasa
RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima
21 jam lalu · Isu semasa
Anwar, Presiden Myanmar adakan pertemuan empat mata: Bernama
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok