MCMC siasat pengguna TikTok muat naik kandungan palsu fitnah PMX

July 22, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat seorang pengguna TikTok yang disyaki memuat naik dua kandungan palsu dan berunsur jelik melampau melibatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurut MCMC, dua kandungan palsu tersebut yang dimuat naik adalah berhubung isu pengumuman insentif penghargaan kepada rakyat dan tuduhan palsu isu lawatan rasmi ke luar negara.

“Kandungan berkenaan dipercayai dimuat naik sebagai reaksi terhadap isu berhubung pesta tidak bermoral di dalam negara serta kenyataan rasmi YAB Perdana Menteri mengenai pemberian insentif penghargaan kepada rakyat.

“Dalam satu lagi hantaran, individu terbabit turut disyaki membuat tuduhan bersifat palsu dan jelik melampau berhubung lawatan rasmi YAB Perdana
Menteri ke luar negara,” kata MCMC dalam kenyataan.

Pihak berkuasa sudah mengambil keterangan individu tersebut di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya pada 21 Julai 2025 dan menyita satu unit telefon bimbit dan satu kad SIM untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

MCMC menegaskan bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan sebarang penyalahgunaan media sosial untuk menyebar kandungan fitnah, palsu, atau jelik melampau. Tindakan tegas akan terus diambil bagi memastikan ketenteraman awam dan keharmonian negara terpelihara.

Isu ini mencetuskan reaksi pelbagai pihak yang menyokong tindakan tegas terhadap penyebaran berita tidak berasas, terutamanya yang melibatkan pemimpin negara.

MCMC mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat dan melaporkan sebarang kandungan mencurigakan melalui saluran rasmi.

Berita berkaitan
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
1 jam lalu· Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
September 4, 2026· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
September 4, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
2 jam lalu · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
September 4, 2026 · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok