Menara Ilham milik Daim disita sekali lagi SPRM

June 5, 2025 · Isu semasa

Menara Ilham di ibu negara milik bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin sekali lagi disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Agensi tersebut berjaya mendapat kebenaran mahkamah untuk menyita bangunan 60 tingkat tersebut.

Sitaan berdasarkan notis mengikut Seksyen 51(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) bertarikh 4 Jun.

“Menerusi notis ini, kebenaran sitaan ini dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan kepada pendakwa raya mengikut Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah di mana timbalan pendakwa raya berpuas hati dengan maklumat diberikan oleh pegawai SPRM bahawa ia berkait dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) AMLATFPUAA,” menurut kenyataan.

“Sehubungan itu, adalah diperintahkan bangunan Menara Ilham disita oleh pegawai penyiasat SPRM dan segala urusan berhubung pindah milik harta tidak alih berkenaan kini adalah dilarang dan kegagalan untuk mematuhi notis ini merupakan suatu kesalahan di bawah AMLATFPUAA.”

Pada 2023, media melaporkan timbalan pendakwa raya mengeluarkan notis penyitaan bertarikh 18 Disember tahun sama.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, ketika itu dilapor berkata penyiataan itu bertujuan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menganggu siasatan, dan sitaan adalah perkara biasa.

Bulan lalu, SPRM membuka lapan kertas siasatan baharu mengenai aset ‘bernilai tinggi’ yang dikaitkan dengan bekas menteri kewangan, Daim dan ahli keluarganya selepas menerima maklumat baharu dari luar negara.

Awal minggu ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan SPRM membekukan aset bernilai £132 juta (RM758.2 juta) milik isteri Daim, iaitu Naimah Khalid, dan keluarga.

Aset itu dilaporkan termasuk dua bangunan komersial dan lima kediaman mewah dan satu akaun bank.

Naimah merancang untuk mencabar perintah mahkamah, yang diberikan secara ex parte, dengan hujah bahawa aset itu diperoleh secara sah.

Berita berkaitan
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
8 jam lalu· Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
12 jam lalu· Politik
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
12 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
16 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
16 jam lalu · Isu semasa
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
18 jam lalu · Isu semasa
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok