MIC mahu keluar BN, Zahid kata terima sebarang keputusan dengan terbuka

November 19, 2025 · Politik

Barisan Nasional (BN) akan menerima dengan hati terbuka sebarang keputusan yang dibuat oleh MIC berhubung masa depan parti itu dalam gabungan tersebut.

Pengerusi BN, hmad Zahid Hamidi, menegaskan tidak akan mencampuri urusan dalaman MIC selepas parti itu meluluskan resolusi secara sebulat suara Perhimpunan Agung tahunannya Ahad lalu untuk keluar daripada gabungan tersebut.

“Apa juga keputusan yang akan dibuat oleh mereka, kita dengan berlapang dada dan hati terbuka menerima,” kata Ahmad Zahid selepas menghadiri Sidang Kemuncak Ekonomi & Teknologi China Global 2025 di Wisma MCA hari ini.

Zahid bagaimanapun turut menyokong langkah Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, untuk mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi MIC bagi membincangkan perkara tersebut.

“Itu sebaik-baik pendekatan. Apa pun keputusan yang akan dibuat terserah kepada parti berkenaan,” ujarnya lagi.

Keputusan muktamad mengenai usul keluar BN itu bagaimanapun belum dibuat dan telah diserahkan kepada Presiden MIC, S. A. Vigneswaran, dan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti untuk perbincangan dan pertimbangan akhir.

Semalam, Mohamad dalam satu kenyataan turut meluahkan keyakinan MIC akan membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Beliau mengingatkan agar langkah tersebut dinilai secara berhati-hati memandangkan hubungan politik yang telah terjalin sekian lama tidak wajar ditamatkan dengan mudah.

Media sebelum ini melaporkan, Perhimpunan Agung MIC Ke-79 menangguhkan keputusan muktamad mengenai masa depan parti dalam BN selepas Timbalan Presiden, M. Saravanan membentangkan tiga usul utama, termasuk cadangan keluar daripada gabungan berkenaan.

Presidennya, Vigneswaran memaklumkan ketiga-tiga usul tersebut telah diterima dan akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) sebelum keputusan dimuktamadkan.

Berita berkaitan
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
9 jam lalu· Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
4 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
8 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
9 jam lalu · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
August 17, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok