Pengarah Strategik MIC Kebangsaan, R Thinalan mengulas kenyataan Zahid berhubung kuota tujuh menteri diberikan kepada UMNO susulan keputusan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar parti tersebut.
Permintaan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang menuntut kuota tujuh menteri untuk parti itu menimbulkan rasa kurang senang MIC yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan ketika ini.
Pengarah Strategik MIC Kebangsaan, R Thinalan mengulas kenyataan Zahid berhubung kuota tujuh menteri diberikan kepada UMNO susulan keputusan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar parti tersebut.
“Kenapa UMNO perlu mempunyai tujuh menteri dalam kabinet. Kenapa tidak dari MCA atau MIC. Apakah UMNO wakil tunggal Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan.
“Jika semuanya pasal UMNO sahaja, maka apa maksud BN dalam kerajaan hari ini.
“Saya nak tegas di sini, UMNO bukan komponen tunggal dalam BN. Dan kementerian disandang Zafrul bukan milik UMNO tapi BN. Sebarang, pelantikan dalam kabinet juga perlu dibincang bersama parti komponen BN yang lain,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri semalam berkata sebelum ini UMNO mempunyai tujuh menteri, tetapi kini tinggal enam selepas Zafrul keluar parti dan menuntut satu lagi jawatan menteri diberikan kepada mereka.
Mengulas lanjut, Thinalan menegaskan UMNO tidak wajar secara sepihak meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar tujuh kuota menteri dikekalkan kepada parti itu.
“Beliau sendiri mengesahkan bahawa tidak pasti sama ada pelantikan Zafrul (sebagai menteri) dilakukan atas kapasiti UMNO atau sebaliknya. Ini bermaksud kemungkinan UMNO tidak menyerahkan nama Zafrul kepada Perdana Menteri. Beliau (Zafrul) dilantik atas hak prerogatif Perdana Menteri sendiri.
“Maka, sebarang penggantian (kementerian) perlu dirujuk kepada BN terlebih dahulu. Bukannya, hak milik UMNO sahaja.
“Pasal apa tak boleh beri kepada MCA, ‘parti kedua besar dalam BN’. Apakah tujuan BN jikalau semuanya hanya untuk UMNO sahaja.
“Secara fakta semua lantikan baiknya GLC atau dalam kerajaan hanya daripada UMNO dan bukan dari parti lain dalam BN,” katanya.
Semalam, Zafrul mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli parti.
Ketika ini, UMNO mempunyai tujuh menteri penuh dan enam timbalan menteri dalam kerajaan.
MCA dan MIC tiada wakil dalam kabinet.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri