MP Pendang digantung 10 hari kerana cabar bertumbuk di Parlimen

August 18, 2025 · Politik

Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim (PAS), digantung kehadiran di Dewan Rakyat selama 10 hari selepas mencabar Ahli Parlimen lain untuk bertumbuk di luar Parlimen minggu lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, mengumumkan hukuman itu berkuat kuasa mulai hari ini berdasarkan Peraturan Mesyuarat 42(2).

“Ini keputusan saya: Ahli Parlimen Pendang diarah keluar dari Dewan selama 10 hari bermula hari ini,” tegas Johari.

Johari turut memberi amaran keras agar ahli Dewan Rakyat berhenti melabel PAS sebagai “Parti Ajaran Sesat” atau memanggil mana-mana wakil rakyat sebagai “kafir”.

“Walaupun ada rakaman mantan perdana menteri menggunakan istilah ini di luar Parlimen, ia bukan urusan saya. Tapi dalam Dewan, jangan ulangi! Cukup-cukup,” tegasnya sambil mengingatkan bahawa kata-kata provokatif boleh memecah-belahkan.

Sebelum keputusan digantung, Ahli Parlimen pembangkang termasuk Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mendesak tindakan sama dikenakan terhadap Rayer (PH-Jelutong) yang pernah berkelakuan provokatif.

Johari menegaskan hukuman ini sebagai pengajaran untuk mengekalkan profesionalisme dalam perbahasan parlimen.

“Bina persefahaman itu susah, tapi rosak semuanya senang saja,” katanya lagi.

Dengan keputusan ini, Awang Hashim tidak dibenarkan menghadiri sebarang persidangan Dewan Rakyat sehingga tempoh digantung tamat.

Berita berkaitan
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
August 16, 2026· Politik
RCI TH: Hadi beri alasan pembangkang keluar dewan kerana PMX tak ada
August 14, 2026· Politik
BNM beri amaran awal demi kestabilan Tabung Haji
August 14, 2026· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Radzi jelaskan kenapa MP Bersatu kekal dalam Dewan
August 13, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
August 19, 2026 · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
5 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
6 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
6 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok