Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin.
Tindakan intimidasi pihak berkuasa menggunakan Akta Hasutan terhadap peserta perhimpunan Turun Anwar dikritik Perikatan Nasional (PN).
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mempersoal tindakan menggunakan akta tersebut kerana Pakatan Harapan (PH) sebelum menjadi kerajaan berjanji tidak akan menggunakan akta tersebut yang disifatkannya sebagai lapuk dan zalim terhadap kumpulan penentang.
“Kenapa ada satu tindakan terhadap mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu. Dulu masa Anwar Ibrahim berada dalam pembangkang pun dia sudah janji bahawa dia tidak akan gunakan Akta Hasutan kerana akta ini adalah dikatakan draconian (terlalu ketat atau zalim),” katanya dalam satu kenyataan.
Presiden Bersatu itu turut menegaskan, penggunaan akta itu hanya bertujuan menakutkan pihak lawan politik dan menyekat kebebasan bersuara rakyat.
“Sebuah akta lama yang mana tindakan diambil terhadap pihak yang menjadi musuh politik. Ia terutamanya untuk menghalang mereka dengan ugutan, lepas itu nak dibawa ke mahkamah buat pertuduhan.
“Ini bagi saya adalah satu tindakan yang amat zalim tapi telah bawa kesan buruk yang menunjukkan janji yang mereka buat tidak ditunaikan. Dia janji nak hapuskan, tapi bukan dihapus tapi digunakan,” tegas beliau.
Bekas Perdana Menteri itu turut berkata, tindakan ke atas peserta perhimpunan baru-baru ini menunjukkan wajah sebenar kerajaan yang tidak konsisten dan menindas suara rakyat.
“Ini mereka yang sertai perarakan kena ambil tindakan,” katanya lagi.
Beliau turut menyeru agar pihak polis tidak terus tunduk kepada tekanan politik dan menghentikan penggunaan akta yang bersifat menekan kebebasan rakyat.
“Saya minta supaya pihak polis jangan terikut-ikut dan sepatutnya dihentikan dan bukan setakat ini tapi masa hadapan juga,” ujarnya.
Muhyiddin menambah, undang-undang seperti Akta Hasutan harus dihentikan penggunaannya dan sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang, pihak berkaitan wajar diberikan nasihat terlebih dahulu dan bukannya terus dikenakan pendakwaan yang memberi kesan buruk kepada individu dan sistem keadilan negara.
“Jangan guna lagi akta seperti ini yang dianggap zalim dan draconian supaya pihak yang terlibat tidak diambil tindakan yang membawa mudarat kepada individu dan sistem perundangan negara kita,” katanya.
Pada 28 Julai lalu, aktivis Bersatu, Chegubard dan Ikhwan telah ditahan, namun dibebaskan keesokan harinya selepas permohonan reman Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditolak oleh Mahkamah Majistret.
Manakala dua lagi pemimpin Armada, iaitu Syafiq Aziz yang merupakan Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dan Furqan Hakimi, Setiausaha Kerja Armada Bersatu Perak telah ditahan semalam.
Mereka kemudian dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman selama empat hari oleh pihak polis.
Bagaimanapun mahkamah menolak permohonan reman tersebut dan membebaskan kedua-dua individu terbabit serta-merta.
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
Bersatu teruskan perjuangan jika ahli dan pimpinan kembali sertai UMNO: Razali
Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen