Muhyiddin nafi tuduhan curi wang Bersatu dalam video tular

December 13, 2025 · Politik

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau mencuri wang parti, seperti yang tular menerusi satu klip video di media sosial.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial, Muhyiddin menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan bersifat fitnah.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa saya telah mencuri wang parti dan menyimpannya di rumah. Ini adalah tuduhan liar yang langsung tidak berasas,” katanya.

Menurut Muhyiddin, semua sumbangan kewangan kepada Bersatu diuruskan secara telus dan dimasukkan ke dalam akaun parti.

“Saya tidak pernah mencuri wang parti. Semua sumbangan dimasukkan ke dalam akaun parti dan diuruskan oleh Bendahari Agung,” jelasnya.

Beliau turut berpendapat Dr Mahathir mungkin menerima maklumat yang tidak tepat daripada pihak tertentu.

Katanya, sebagai seorang tokoh berpengalaman, Mahathir sepatutnya mendapatkan penjelasan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan.

“Dalam banyak pertemuan saya dengannya, perkara ini tidak pernah dibangkitkan. Sebab itu saya bertanggungjawab menjelaskan perkara sebenar supaya tidak timbul fitnah,” katanya.

Isu itu tercetus susulan penularan klip video berdurasi kira-kira dua minit di WhatsApp yang disertakan kapsyen mendakwa Mahathir mendedahkan kononnya Muhyiddin mahu menjadi perdana menteri kerana takut dipenjarakan.

Dalam rakaman berkenaan, Mahathir kedengaran berkata seseorang “curi duit parti” dan menyimpan wang tersebut di rumah, tanpa menyebut nama.

Bagaimanapun, Pemuda Bersatu (Armada) Johor mendakwa klip video tersebut telah disunting dan dimanipulasi.

Ketua Armada Johor, Alias Rasman, berkata Mahathir sebenarnya merujuk kepada individu lain dan bukan Muhyiddin, serta menyifatkan penyebaran video itu sebagai bermotifkan kepentingan politik.

Beliau turut memaklumkan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Walaupun berdepan tuduhan berkenaan, Muhyiddin menegaskan beliau masih menghormati Dr Mahathir.

“Saya tetap menghormati beliau sebagai orang yang lebih tua dan saya sebelum ini menyokong usaha-usaha beliau untuk perpaduan orang Melayu. Hubungan kami juga akrab,” katanya.

Berita berkaitan
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
March 10, 2026· Politik
Peguam Muhyiddin dakwa pertuduhan dibuat kabur, gagal nyata kesalahan dilakukan
March 9, 2026· Politik
Perbicaraan kes Muhyiddin bermula esok
March 8, 2026· Politik
Lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut setakat Januari lalu: Laporan
March 7, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
4 jam lalu · Politik
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
5 jam lalu · Politik
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
5 jam lalu · Politik
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
March 12, 2026 · Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok