Najib: Saya satu-satunya individu pulangkan semula ‘wang haram’

October 21, 2025 · Politik

Najib Razak mendakwa beliau merupakan individu tunggal dalam sejarah yang memulangkan semula wang suapan berjumlah AS$620 juta selepas mendapat kelulusan rasmi daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Bekas perdana menteri itu memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah menulis surat kepada Gabenor BNM pada masa itu, Zeti Akhtar Aziz, untuk memaklumkan hasratnya memulangkan wang tersebut.

Tindakan ini diambil meskipun keseluruhan jumlah AS$681 juta yang didakwa media pada ketika itu belum dapat dibuktikan kaitannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya memulangkan wang itu (AS$620 juta) kerana dana itu tidak lagi diperlukan.

“Barangkali saya juga yang pertama dalam sejarah yang telah memberikan notis terhadap wang ‘haram’ itu kepada Gabenor BNM sendiri,” ujar Najib dalam kenyataannya semasa prosiding kes dana 1MDB yang berlangsung hari ini.

Beliau membuat pengakuan tersebut dalam kata pengantar sebelum pihak pembelaannya mengemukakan hujahan lisan.

Najib sedang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Najib seterusnya mendakwa pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan ‘dengar cakap’ yang bersifat prejudis.

Beliau menegaskan tiada usaha dilakukan untuk mencari saksi penting, terutamanya ahli perniagaan yang didakwa terlibat, Low Taek Jho atau Jho Low.

“Setakat rekod yang ada, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah sekali pun menyebut adanya percubaan untuk mengesan mereka sebelum memohon mahkamah ini membuat penentuan bahawa mereka sememangnya tidak dapat ditemukan,” tegasnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah kini memasuki fasa penghujahan lisan oleh pihak pembelaan.

Najib didakwa melakukan kesalahan tersebut di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon antara tahun 2011 dan 2014.

Berita berkaitan
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
15 jam lalu· Politik
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
15 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
16 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
19 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
12 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
19 jam lalu · Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
19 jam lalu · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
22 jam lalu · Politik
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok