Nik Nazmi tak berganjak dengan keputusan letak jawatan

July 1, 2025 · Politik

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad difahamkan tidak berganjak dengan keputusan melepaskan tugas sebagai anggota Kabinet.

Nik Nazmi memuat naik dalam akaun media sosialnya menghadiri satu majlis perpisahan dan memberi ucapan di kementeriannya.

Untuk rekod, peletakan jawatan Ahli Parlimen Setiawangsa itu akan berkuat kuasa Jumaat ini, yang mana ketika ini, beliau masih dalam tempoh cuti.

Dalam satu program temubual podcast menerusi Youtube minggu lalu, Nik Nazmi turut menegaskan pendiriannya untuk meletak jawatan adalah kekal.

Beliau menyifatkan keputusan diambilnya tidak mudah selepas menimbang beberapa perkara termasuk mandatnya dalam PKR.

“Saya fikir untuk menjadi ahli politik, menghormati mandat itu adalah penting. Saya sudah tidak dapat mandat parti, jadi sukar untuk saya teruskan (tugas sebagai menteri),” katanya.

Nik Nazmi juga menyatakan, pelbagai keistimewaan dinikmati jika beliau memilih untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri, namun mendakwa keputusan berundur adalah yang paling terbaik.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail menaruh harapan supaya Nik Nazmi mempertimbangkan semula keputusannya untuk meletak jawatan Kabinet.

Pada 28 Mei lalu, Nik Nazmi mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa 4 Julai ini.

Ia menyusuli kira-kira tiga jam selepas Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan pada hari sama, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi, berkuat kuasa 17 Jun lalu.

Keputusan diambil kedua-dua pemimpin PKR itu berikutan kekalahan mereka mempertahan jawatan masing-masing sebagai Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti Mei lalu.

Berita berkaitan
Bersatu teruskan perjuangan jika ahli dan pimpinan kembali sertai UMNO: Razali
3 jam lalu· Politik
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
3 jam lalu· Politik
PKR bukan parti untuk yang merengek atau merungut: Anwar
February 7, 2026· Politik
Nik Nazmi bidas pembangkang tergesa-gesa tolak kajian pilihan raya datuk bandar KL
February 6, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
3 jam lalu · Politik
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
3 jam lalu · Politik
Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat
3 jam lalu · Politik
Hamzah di Sydney, dijangka tak hadir lagi mengadap Lembaga Disiplin Bersatu esok
6 jam lalu · Politik
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok