Papagomo bebas daripada pertuduhan Akta Hasutan

September 3, 2025 · Politik

Seorang aktivis politik, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo dibebaskan sepenuhnya oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada pertuduhan menghasut berhubung satu kenyataan yang mendakwa kerajaan pro-Israel.

Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, mengesahkan Hakim Siti Aminah Ghazali membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Keputusan untuk melepaskan dan membebaskan (DAA) Papagomo dibuat pada akhir kes pendakwaan yang membabitkan keterangan sembilan saksi.

Papagomo, 42 tahun, sebelum ini didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 berhubung satu kenyataan yang disiarkan oleh seorang pengguna Facebook pada 8 November 2023.

Dakwaan terhadapnya dibuat selepas kenyataan itu dilihat dan dilaporkan oleh Hisham Sharudin, yang kini dalam Bersatu dan sebelum ini merupakan ahli UMNO.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mustaffa P Kunyalam menyatakan pihak pendakwaan sedang mempertimbangkan dan mengkaji untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan pembebasan tersebut.

Perbicaraan kes yang bermula pada Julai tahun lalu itu telah didengar di hadapan Hakim Siti Aminah setelah sebelumnya dihadirkan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Berita berkaitan
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
8 jam lalu· Isu semasa
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
10 jam lalu· Politik
Suri rumah rugi RM18,408 terpedaya job scam
October 4, 2026· Isu semasa
Tiga pelajar lelaki ditahan bantu siasatan kematian Irene Sofiya: Laporan
October 4, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
9 jam lalu · Politik
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
9 jam lalu · Politik
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
10 jam lalu · Politik
Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah
October 4, 2026 · Politik
BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid
October 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok