Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin

September 13, 2026 · Politik

Kepentingan rakyat perlu terus menjadi fokus utama sepanjang baki tempoh pentadbiran, dengan parti dalam Kerajaan Perpaduan disaran mencari titik persamaan dan mengetepikan perbezaan politik.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin berkata, kerajaan perlu menggunakan baki tempoh pentadbiran kira-kira setahun lagi untuk menyelesaikan sebanyak mungkin perkara berkaitan rakyat, ekonomi dan pentadbiran negara.

“Bagi kita, kita nak fokus pada pentadbiran negara dan kita nak pastikan baki penggal yang kita ada ini, kita buat terbaik untuk rakyat.

“Banyak kerja lagi yang kita kena buat dan ada bermacam-macam cabaran ekonomi yang mungkin kita akan lalui. Perdana Menteri nak fokus kepada perkara tersebut,” katanya selepas menghadiri Perasmian Cawangan Ke-25 Emas Sri Semantan di Ayer Keroh, hari ini.

Azman mengulas kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar Kerajaan Perpaduan mengeluarkan Barisan Nasional (BN) secara rasmi daripada kerajaan sekiranya parti itu tidak lagi diperlukan dalam pentadbiran.

Ahmad Zahid ketika ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) turut mencabar kerajaan menggunakan proses demokrasi termasuk undi tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya benar-benar mahu mengambil tindakan berkenaan.

Menurut Azman, kestabilan kerajaan penting supaya tumpuan dapat diberikan kepada agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat tanpa terlalu dibebani persaingan politik.

Katanya, Perdana Menteri kini turut memberi tumpuan kepada usaha menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia selain meneroka peluang ekonomi menerusi hubungan dengan negara anggota BRICS.

“Politik ini sangat dinamik, esok kita berkawan, lusa kita berlawan.

“Jadi bagi saya, kita hormati mandat rakyat. Satu penggal, kita habiskan satu penggal,” katanya.

Azman turut berkata usaha kerajaan memulihkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa memberi keyakinan lebih besar kepada rakyat terhadap negara.

“Dulu kita tahu imej negara kita sangat buruk tetapi sekarang kalau di luar negara orang tanya dari mana? Kita dari Malaysia, kita tak malu.

“Dulu, sebelum 2018, kita malu kalau Malaysia dikaitkan dengan negara yang terlalu teruk dengan rasuah. Sekarang ini Perdana Menteri dah buat yang terbaik untuk negara kita,” katanya.

Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022, dengan PH, BN serta beberapa gabungan parti dari Sabah dan Sarawak membentuk kerajaan.

Berita berkaitan
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
8 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
8 jam lalu· Politik
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
11 jam lalu· Isu semasa
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
7 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
12 jam lalu · Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026 · Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026 · Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok