Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari
PAS menjemput MCA untuk satu sesi dialog bagi menjernihkan sebarang kekeliruan berhubung dasar dan pendirian parti Islam itu, selepas MCA menyatakan keberatan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) atas faktor kewujudan parti tersebut.
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata parti itu sentiasa bersedia untuk berdialog secara terbuka dengan mana-mana pihak, termasuk MCA.
“Apa juga pandangan terhadap PAS wajar dijernihkan melalui dialog terbuka dan bukan melalui persepsi yang tidak lengkap,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Wee Ka Siong semalam yang menyatakan majoriti masyarakat Cina sukar menerima PAS berikutan kenyataan kontroversi sesetengah pemimpinnya.
Ahmad Fadhli berkata MCA sendiri pernah bekerjasama rapat dengan PAS dalam kerajaan PN sebelum ini.
“Pengalaman pentadbiran bersama ini sepatutnya menjadi asas kefahaman bahawa PAS bukan parti yang memusuhi mana-mana kaum atau agama, malah sentiasa memilih jalan perundingan dan harmoni,” jelas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
“Jika masih wujud salah faham atau keraguan, pintu PAS sentiasa terbuka untuk dialog,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Senator PAS Kelantan, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut mengajak MCA ke meja rundingan.
“MCA sangsi PAS kerana ekstrem. PAS tolak kerjasama parti ekstrem. Sama-sama tolak ekstremisme. Penyelesaian, banyakkan temu bincang,” katanya.
Undangan dialog ini dikeluarkan selepas Ka Siong, dalam ucapan dasarnya semalam, menyatakan MCA mungkin memilih jalan sendiri sekiranya Barisan Nasional kekal dengan kerangka kerajaan perpaduan sekarang.
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
AMK persoal aktivis membisu dalam isu ketegangan kaum
UMNO tidak paksa bekas ahli untuk kembali: Tok Mat
Peguam Muhyiddin dakwa pertuduhan dibuat kabur, gagal nyata kesalahan dilakukan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan