Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar Nik Abdullah, menyifatkan adalah terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi bahawa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal akan menyertai Pas.
Naib Presiden PAS itu berkata situasi semasa menunjukkan Wan Ahmad Fayhsal hanya digantung, dan bukannya dipecat oleh Parti Bersatu.
“Penggantungan itu mempunyai tempoh, dan Ahli Parlimen Machang boleh kembali ke pangkuan parti selepas ia tamat,” katanya dipetik laporan media.
Mohd Amar menambah, isu penyertaan itu langsung tidak dibangkitkan oleh Wan Ahmad Fayhsal kepada PAS.
“Kami di Pas tidak mahu mencampuri urusan parti lain dan berharap masalah dalaman Bersatu dapat diselesaikan dengan baik,” jelasnya.
Tindakan ini, menurutnya, penting bagi memastikan keadaan parti yang harmoni dapat dikekalkan.
Laporan media sebelum ini memaklumkan bahawa Wan Ahmad Fayhsal digantung keahliannya dalam Bersatu selama satu penggal.
Beberapa pemimpin lain, termasuk Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, turut dipecat keahlian mereka.
Terdapat juga laporan yang menyatakan Wan Ahmad Fayhsal terbuka dengan cadangan untuk menyertai PAS bagi memperkukuh gabungan pembangkang di peringkat akar umbi.
Beliau dilaporkan tidak menolak kemungkinan itu sekiranya krisis kepimpinan dalam Bersatu berterusan.
Zahid harap MIC terus bersama BN, tapi…
Amanah mahu agihan kerusi lebih adil di Melaka, Johor: Khalid Samad
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
BN menang di Kinabatangan dan Lamag, isyarat sokongan rakyat: Zahid
PRK Kinabatangan dan Lamag: Dua calon BN mendahului dalam kiraan undi
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong