Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.
PAS menegaskan tidak pernah membincangkan atau membuat sebarang keputusan untuk menamakan Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, sebagai calon perdana menteri (PM) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, mempersoalkan kesahihan rakaman audio melibatkan pemimpin Bersatu yang mendakwa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, membuat cadangan berkenaan dan juga tidak menolak audio tersebut yang tular mungkin palsu.
“Kita tidak tahu dan belum tentu kesahihan audio tersebut. Sekarang, macam-macam orang boleh buat terutama menggunakan teknologi AI (kecerdasan buatan),” jelas Hashim dipetik laporan.
“Apa pun, kalau betul sekalipun, ia bukan sesuatu keputusan dibuat parti, tidak pernah dibincang lagi dalam mesyuarat,” tambahnya lagi.
Kenyataan itu dibuat susulan tularnya klip audio yang mendakwa Abdul Hadi mencadangkan Hamzah sebagai calon PM dalam satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersatu.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, sebelum ini mengakui perjumpaan tidak rasmi antara parti-parti rakan sekutu sering berlaku, namun menafikan kandungan rakaman audio tersebut.
Mengenai persiapan pilihan raya, Hashim Jasin memberitahu, pas sedang giat memperkukuhkan jenteranya di semua peringkat bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka tidak lama lagi.
“Kita sedang membuat persediaan dan memperkukuhkan jentera dalam berdepan pilihan raya tersebut,” katanya.
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
Puad sokong PRN Johor diadakan lebih awal, yakin UMNO-BN berpeluang cerah
Speaker belum terima surat letak jawatan Ketua Pembangkang: Laporan
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan