PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi

March 12, 2026 · Politik

Abdul Hadi Awang menegaskan PAS belum bersedia untuk menyertai gagasan “Rumah Bangsa” yang dikaitkan dengan UMNO.

Menurutnya, PAS hanya menghantar pemerhati ke satu pertemuan berkaitan inisiatif tersebut bagi memenuhi jemputan dan melihat sendiri perkembangan serta pihak yang terlibat.

“PAS menghantar pemerhati bagi menyaksikan sendiri siapa yang hadir dan memahami apa yang cuba dibawa melalui pertemuan itu,” katanya dalam kenyataan menerusi catatan Minda Presiden PAS yang dimuat naik di media sosial.

Abdul Hadi berpandangan usaha tersebut dilihat sebagai cubaan menggerakkan perpaduan Melayu berasaskan semangat kebangsaan tanpa meletakkan Islam sebagai teras utama.

Beliau turut mendakwa UMNO masih menjalin kerjasama dengan DAP semata-mata untuk membentuk kerajaan.

“UMNO tetap bersahabat dan berwala’ kepada DAP untuk membentuk kerajaan walaupun terpaksa meninggalkan prinsip asal perjuangannya,” katanya.

Dalam kenyataannya, beliau turut menggambarkan situasi dalam UMNO sebagai tidak stabil sehingga ada ahlinya meninggalkan parti tersebut.

“Ada yang keluar meninggalkan rumah yang tercabut dinding dan ditebuk atapnya kerana mudah dimasuki air dan ditiup angin. Ada yang menyelamatkan diri bersama PAS,” katanya.

Abdul Hadi juga menyentuh perubahan sikap pengundi muda yang menurutnya semakin matang dalam membuat keputusan politik sejak Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia.

Katanya, sebahagian pengundi muda mula menolak gabungan Pakatan Harapan sebagaimana mereka pernah menolak Barisan Nasional sebelum ini.

Beliau mendakwa penolakan itu berkait dengan kerjasama politik yang melibatkan DAP, yang menurutnya menjadi antara faktor kebimbangan sebahagian pengundi Melayu.

Mengulas lanjut mengenai tawaran “Rumah Bangsa”, Abdul Hadi berkata PAS mengambil pendirian berhati-hati kerana tidak mahu menyertai gagasan yang disifatkannya sebagai tidak kukuh dari segi prinsip.

“PAS tidak bersedia memasuki rumah yang bumbungnya tidak selamat. Lebih berbahaya jika rumah itu tidak beratap dan berdinding sehingga boleh membahayakan penghuninya,” katanya.

Berita berkaitan
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
15 jam lalu· Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026· Politik
Amanah Tegur Pemuda UMNO berhubung isu harga minyak
April 11, 2026· Politik
Khaled: Tuduhan dibuat Mahathir isu lama
April 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
12 jam lalu · Politik
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
16 jam lalu · Politik
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026 · Politik
PKR Titiwangsa cadang kuota subsidi diesel kepada pengguna persendirian
April 13, 2026 · Politik
Samsuri sahkan pengunduran Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
April 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok