PAS yakin sasaran menang 80 kerusi Parlimen boleh dicapai: Mohd Amar

September 13, 2025 · Politik

PAS yakin mampu memenangi 80 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sekiranya strategi parti itu untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu berjaya dilaksanakan.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah, mengakui usaha tersebut adalah suatu yang mencabar, namun menegaskan parti itu mempunyai pendekatan dan perancangan strategik ke arah mencapai matlamat tersebut.

“Kita yakin boleh menang 80 kerusi. Kita ada perancangan dan strategi untuk tambah sokongan pengundi bukan Melayu, sebab akhir-akhir ini ramai mereka kecewa dengan prestasi Pakatan Harapan (PH).

Jadi kita harap dengan kekecewaan ini dan dengan pendekatan kita yang betul dan bijaksana kita boleh menarik sokongan mereka,” katanya ketika berucap pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS hari ini.

Beliau juga menolak tanggapan PAS tidak mempunyai calon yang sesuai untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, parti itu mempunyai ramai calon yang layak, termasuk dirinya sendiri.

“Mengapa tak ada (calon PM), saya boleh jadi Perdana Menteri, apa masalahnya… cuma kita tengok apa keperluan kita menyebut calon Perdana Menteri (ketika ini).

“Bagi PAS, kami sejak dahulu lagi memang tak pernah menampilkan ‘poster boy’ sebab kepentingan kita adalah fokus untuk menang. Apabila menang, sesiapa (yang) layak dipilih… sebab isu Perdana Menteri atau Menteri Besar ini parti hanya boleh cadang, tapi yang tentukan Agong dan Sultan, jadi kita kena hormat juga sensitiviti itu,” jelasnya lagi.

PAS memenangi 43 kerusi Parlimen pada PRU-15, rekod kemenangan tertinggi pernah direkod parti Islam tersebut.

Berita berkaitan
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026· Politik
DAP kekal, Ibrahim Ali dakwa PAS kecewa tak dapat masuk jadi kerajaan
August 17, 2026· Politik
AMK Selangor: PAS jangan sekadar cakap besar mahu tumbangkan PH
August 17, 2026· Politik
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
August 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
2 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
6 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
7 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
7 jam lalu · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok