Peguam Negara jelaskan pengampunan Anwar sebelum ini sah

June 3, 2025 · Isu semasa

Pengampunan terhadap Anwar Ibrahim sebelum adalah sah dan melalui persidangan Lembaga Pengampunan, kata Jabatan Peguam Negara (AGC).

Dalam satu kenyataan, proses pengampunan itu berjalan pada 16 Mei 2018 semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-51 yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur.

AGC memberitahu, Mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut telah dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dan turut dihadiri antaranya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri selaku Perdana Menteri pada masa itu.

“Atas nasihat Lembaga Pengampunan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah bertitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh oleh Anwar dibenarkan dan diberikan pembebasan serta merta berkuatkuasa mulai dari tarikh persidangan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,” jelas AGC dalam kenyataan.

AGC menambah, bagi tujuan mesyuarat tersebut, Peguam Negara juga telah memberikan pendapat bertulis mengenai perkara itu selaras dengan Fasal (9), Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan untuk pertimbangan Lembaga Pengampunan.

Jelas AGC, pihaknya memandang serius perkara itu sebagai isu yang melibatkan kepentingan perlembagaan dan institusi.

AGC juga menegaskan bahawa sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat mengenai keputusan Lembaga Pengampunan adalah tidak wajar sama sekali.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
6 jam lalu· Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
8 jam lalu· Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
11 jam lalu· Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
September 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
7 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
8 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
8 jam lalu · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
8 jam lalu · Isu semasa
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok