Pelajar maut di Ipoh, KPM tidak kompromi jika wujud kecuaian

November 19, 2026 · Isu semasa

Beberapa pentadbir sekolah dan guru di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar, Perak, direhatkan daripada tugas buat sementara waktu susulan kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tindakan itu diambil sementara siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta kemungkinan wujud kecuaian dalam pengurusan sekolah.

Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran lokasi kejadian berfungsi dengan baik dan sudah diserahkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

“Saya memandang serius insiden ini dan sudah mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis bagi memastikan siasatan dijalankan secara teliti serta telus,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fadhlina turut mengarahkan Jemaah Nazir turun ke sekolah berkenaan bagi meneliti aspek pengurusan serta pematuhan terhadap prosedur keselamatan.

Katanya, kementerian tidak akan berkompromi sekiranya siasatan membuktikan wujud kecuaian atau pelanggaran prosedur keselamatan yang menyumbang kepada kejadian itu.

“Saya tegaskan kementerian tidak akan berkompromi terhadap sebarang kecuaian atau pelanggaran prosedur keselamatan, sekiranya dibuktikan menerusi hasil siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, proses bedah siasat forensik terhadap jenazah pelajar berkenaan dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi bagi membantu menentukan punca kematian.

Bagi memastikan kebajikan pelajar lain terus terpelihara, KPM turut membenarkan pelajar yang tidak menduduki peperiksaan pulang ke rumah masing-masing pada Jumaat.

Bantuan sokongan psikososial juga disediakan kepada pelajar dan warga sekolah yang terkesan dengan insiden berkenaan.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak serta Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh turut berada di lokasi bagi menyelaras tindakan segera kementerian.

Fadhlina dalam masa sama menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan pihak berkuasa selesai.

“Saya amat memahami betapa beratnya kehilangan seorang anak. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan yang sedang ditanggung keluarga mangsa,” katanya.

Kejadian kematian pelajar di institusi pendidikan itu sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai aspek keselamatan, pemantauan dan tanggungjawab pengurusan sekolah, khususnya di sekolah berasrama yang menempatkan pelajar jauh daripada keluarga.

Berita berkaitan
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
10 jam lalu· Politik
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
10 jam lalu· Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
11 jam lalu· Isu semasa
Pelajar maut selamat dikebumikan, Fadhlina hadir beri sokongan kepada keluarga: Bernama
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
10 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
11 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
11 jam lalu · Isu semasa
KDN kaji kawalan lebih ketat di pangkalan tentera, polis
11 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat laporan berhubung surat peletakan jawatan Ismail
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok