Pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi tak diteruskan: MOF

July 30, 2025 · Isu semasa

Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) tidak akan diteruskan pelaksanaannya, kata Menteri Kewangan Anwar Ibrahim dalam jawapan di Parlimen.

Dalam penjelasan berhubung pembatalan pelaksanaan HVGT itu, Anwar berkata semakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperluaskan kepada antara lima hingga 10 peratus sudah termasuk sekali barangan mewah.

“Kerajaan telah memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai bernilai tinggi atau High Value Goods Tax, tetapi prinsip bagi pengenaan HVGT tersebut telah diterapkan dalam kajian semula cukai jualan yang mana barang mewah dan pilihan dikenakan cukai pada kadar 5% atau 10%,” katanya.

Anwar menambah bahawa peluasan SST akan menjana pendapatan RM5 bilion tahun ini, dengan angka itu meningkat dua kali ganda kepada RM10 bilion pada 2026.

Ahli Parlimen Shamsulkahar Deli (BN-Jempol) dalam soalannya bertanya berhubung unjuran penambahan pendapatan negara hasil daripada pelaksanaan reformasi fiskal termasuk HVGT, cukai barangan digital (DGT), cukai keuntungan modal (CGT) dan cukai barang bernilai rendah (LVG) serta peluasan cukai SST dan rasionalisasi subsidi yang sedang dan bakal dilaksanakan.

Perdana menteri turut menjelaskan hasil yang diperoleh daripada cukai LVG, yang berkuat kuasa tahun lalu, sudah pun mencatatkan hasil sebanyak RM500 juta pada 2024, dan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital, yang dilaksanakan sejak 2020, mencatatkan pendapatan RM1.6 bilion pada 2024.

Beliau juga menyatakan bahawa CGT, yang diperkenalkan pada Mac 2024, dijangka membawa hasil sebanyak RM800 juta setiap tahun.

Pada penghujung 2023, Anwar mengumumkan HVGT dalam ucapan Belanjawan 2024, dengan jangkaan tarikh pelaksanaan pada 1 Mei 2024.

Bagaimanapun, pada Mac tahun lepas, Bernama melaporkan bahawa kerajaan masih berhubung dengan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk memuktamadkan butiran berkaitan.

Anwar menjelaskan bahawa kelewatan itu adalah untuk menyediakan lebih banyak masa untuk memperhalusi dasar dan perundangan berkaitan, memastikan pelaksanaannya teratur, cekap, dan sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa.

Kelewatan itu juga telah dikritik oleh wakil daripada Muda, yang mempersoalkan mengapa kerajaan cepat melaksanakan cukai ke atas rakyat biasa, tetapi teragak-agak untuk menguatkuasakan cukai mewah untuk golongan kaya.

Berita berkaitan
Anwar cadang projek ladang babi di Bukit Tagar dibatalkan
9 jam lalu· Isu semasa
Henti isu bahasa, fokus masa depan pendidikan: PMX
January 22, 2026· Isu semasa
Hutang tinggi dorong reformasi fiskal kerajaan
January 22, 2026· Isu semasa
Skandal rasuah tak calarkan integriti ATM hanya kerana segelintir: PMX
January 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
4 jam lalu · Isu semasa
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tarik balik RUU Pembaharuan Bandar untuk penambahbaikan: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perhalusi persiapan pelajar tahun 1 dan laluan IPTA pelajar
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok