Pelancong China ke Pulau Pinang meningkat 218.86 peratus, kata Exco

May 19, 2025 · Isu semasa

Pulau Pinang merekodkan peningkatan ketibaan pelancong dari China sebanyak 218.86 peratus pada 2024.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai menyifatkan ia satu kejayaan membanggakan hasil daripada pengukuhan akses udara secara terus dari bandar-bandar utama China ke Pulau Pinang serta promosi agresif menerusi platform digital.

“Jumlah ketibaan pelancong China melalui ketibaan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) telah meningkat daripada 37,711 pada tahun 2023 kepada 120,245 pada tahun 2024.

“Ini merupakan peningkatan yang amat ketara berbanding hanya 5,918 pada tahun 2022 dan membuktikan bahawa China kekal sebagai pasaran utama pelancongan antarabangsa bagi negeri ini,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.

Hon Wai (DAP-Paya Terubong) menjawab soalan Ong Ah Teong (DAP-Batu Lancang) mengenai strategi dan pencapaian kerajaan negeri dalam menerokai pasaran pelancongan dari China.

Mengulas lanjut, Hon Wai berkata antara usaha utama kerajaan negeri termasuk penambahan tujuh penerbangan terus baharu dari China ke Pulau Pinang sejak Ogos 2023 hingga April 2025 melibatkan syarikat penerbangan seperti Xiamen Airlines, Juneyao Airlines, Shenzhen Airlines, Shanghai Airlines, AirAsia, Hong Kong Express dan Sichuan Airlines.

Beliau berkata dalam masa yang sama, beberapa penerbangan sewaan dari China juga telah beroperasi bagi memenuhi permintaan pelancong selain pelbagai pendekatan promosi seperti penyertaan dalam pameran pelancongan di China, pengiklanan di platform dalam talian popular serta kerjasama dengan agensi pelancongan dalam talian (OTA) dan syarikat penerbangan bagi menawarkan pakej menarik.

Katanya, antara usaha lain yang dilaksanakan adalah penganjuran lawatan pengenalan melibatkan ejen pelancongan, media dan pempengaruh dari China khususnya bagi mempromosikan destinasi seperti Georgetown, Balik Pulau, Bukit Bendera dan Seberang Perai.

“Platform media sosial Xiaohongshu (Little Red Book) turut dimanfaatkan secara aktif bagi menarik minat pelancong muda dan komuniti berbahasa Mandarin menerusi kandungan tular berkaitan makanan jalanan, seni bina warisan serta lokasi fotografi menarik di negeri ini,” katanya.

Berita berkaitan
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
September 4, 2026· Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
September 4, 2026· Politik
AG digesa semak semula 47 kes pertuduhan Zahid: Rayer
September 3, 2026· Politik
Kian Ming keluar DAP, mahu bantu KJ berkempen pada PRU-16
August 31, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
3 jam lalu · Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
13 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
13 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok