Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak agar memberikan penjelasan segera berhubung isu pemalsuan dokumen yang membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya, yang mengakibatkan tindakan tatatertib daripada FIFA kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, menyifatkan insiden itu sebagai satu kes penipuan yang jelas dan memalukan negara di persada antarabangsa.
Beliau berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa mengesahkan dokumen sebagai salinan sah tanpa memiliki bukti kukuh atau rekod asal dalam arkibnya.
“Saya ingin penjelasan bagaimana dan mengapa pemalsuan serta penipuan sebegini boleh berlaku, sehingga memalukan negara di pentas antarabangsa,” tegas Takiyuddin semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026.
“Perkara ini memerlukan jawapan. Ia memalukan bagi sebuah kerajaan berdaulat yang kononnya menjunjung kedaulatan undang-undang, tetapi sanggup memesongkan rekod fakta,” tambahnya.
Isu ini tercetus setelah Jawatankuasa Tatatertib FIFA mendapati terdapat pemalsuan pada dokumen sokongan, termasuk sijil kelahiran datuk dan nenek pemain yang dihantar oleh FAM.
Sebagai tindakan susulan, FAM telah mengemukakan rayuan yang keputusannya dijangka pada 30 Oktober ini.
Dalam perkembangan lain, Takiyuddin turut meminta penjelasan Menteri Dalam Negeri mengenai prosedur operasi standard (SOP) agensi di bawah KDN.
Beliau membangkitkan kejadian di Masjid Kampung Rusila, Marang, pada 29 September lalu, di mana kira-kira 10 hingga 15 individu menaiki lima kenderaan didakwa menyerbu masuk ke dalam masjid.
“Apabila ditegur, mereka menyatakan ‘kami polis’ sebelum bertindak menggeledah dan memasuki ruang solat dengan memakai kasut. Latihan ini dilakukan tanpa makluman pengurusan masjid. Adakah ini SOP KDN?” soal beliau.
Desakan ini dibuat bagi memastikan ketelusan dan integriti agensi kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
URA ditarik balik lagi, Kor Ming digesa ambil tanggungjawab: Lian Ker
PM gesa tolak amalan kartel, lindungi kepentingan rakyat
PN bakal muktamad pindaan perlembagaan minggu depan: Muhyiddin
Bos Mydin bidas Ahli Parlimen DAP: “Lu Siapa?”
PAS sudah ada calon Pengerusi PN: Hadi
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong